Friday, October 22, 2010

LaWaK uJanG

HotEl X cKop TinGGi...

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah...
sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja...
dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal amat sedikit..
dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa..
Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan...

"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam..
kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga..
kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."

Tidak lama selepas itu..
pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun.
Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..

"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"

Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...

"Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"

Kisah tok batin

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan
masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat
Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari

kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan
dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada
suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu
diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu
lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah

syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia
kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..",
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak

lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK
dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu

dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku
naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku.........!!"

bersenang2..

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk.
Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar.
Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya.
Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri.

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."

Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan,
dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan.
Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza.
Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

Timbang Berat

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Tiga kali je...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan
mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri,
sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria,
tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan,
"Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya
,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin,
terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya,
bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak",
kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?"
si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya,
dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan,
tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..
yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah,
"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

pikir2 jerlh ap mksudnya..

Abang aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

KisaH PeNgEmIs Dan PeLaJaR UniVerSiTy

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UMP cawangan PEKAN..

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Hampehhhhhh..!!!!*

Kisah di kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg
bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu
dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.
Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan
menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...

Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."

Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."

HuJaN...Dan AiR MaTa..ChEwAhhh....;p


ape2 ntah je mamat ni (aku) crite sal ujan r.banjir r
(tau r kote tinggi sllu banjir)
orang ujan g tido, ko (aku) ujan dok sebok tulis post. ape jadah kan?
suke hati aku ar. saje je ak nk share pasal cerite di kala ujan.
pade mereka yang ati tisu, aku neshatkan korang sediekan tisu at lis sekotak sblom korang bace post ni.
amacam tade percayakah?
(pikir sejenak cmane nk mulekan crite)
oke r, crite asal usul crite ni dlu. It's happened on 1993.
(x mcm lame plak ann mamat ni punye crite!!) tp series aku x tipu!!
Tarikh:January 1993.
lokasi: umah aku.
jam: maghrib
uma ak da strt ramai org datang..
Kenape?? ak blur mase tuh, ye r baru 5 taon..
mak ngah terbaring kat katil (mak demam,mungkin)
aku wat dono je r. Tgok org datang. nnges2.. apekah?
ak oke lagi.. tp kesian r, mk x larat nk masak hari tu, mak saket,oke ak paham.
ak tye abah, mak sakit ape?
abah jawap ringkas '' mak x sehat..''
''g la urut badan mak.nnti cepat mak sembuh''
dengan segale iklas ak g dekat ngn mak, urut tgn die (ade effect ke?) tp aku iklas hey.
org paling kalot skali jiran aku r ''mak yam''..
dari ptg die da datang..die soh mk ak ngucap!
masuk maghrib die balik nk solat... die ckp kat mk aku ''aku balik dulu, nnti aku datang semule''
x lame pas2 bapak aku panggil akak ''akak, ajak adik2 smbyg..doakan mk cepat sehat''
aku ngn akak pon tros ambik air smbyg, mlot turkumat-kamit solat dalam bilik. (aku x tau ape ak bace, tp ak yakin aku IKHLAS!)
TERKEJOT BEROK R TETIBE ADE SUARE SEORANG LELAKI MERAUNG..
bapak aku!!!!
ak tros g bilik ayah.
kebetulan mak yam sampi, aku paham perasaan die, mmg npak die sedih..
''mak da x de!!!'' mase tu aku x konfrm ak aku cool ke
atau da melalak x ingt dunie..
mase tu, aku budak lagi.
ape aku tau kan.
tgok jasad mak kaku kat atas katil, erm..
mak da tido untuk selamenye..
sedihh..'
rumah da makin penoh dengan orang ramai..
pade malam tu pulak, bacaan Yaasin silih berganti...
mengelilingi jasad kaku mak.
kat 1 sudut aku npak akak Rose.
akak sulung aku, die tgh bace yasin..die sorang je mase tu.. ak dtg dekat ngn die, aku menyandar kat bahu die.(mase tu mungkin dah awal pagi)
akak peluk aku. depan jasad mak!
akak cakap x mau nnges, mak dah x de..
''ejem ( name manje aku! kntoi sudah) doakan mak masuk syurga tau!''
time tu sedih r. Bersaksikan jasad mak yang dah kaku, aku doakan semoge mak masuk syurga!
oke..pas2 padam.. (aku tertido kot ,x ingt ape)
mengejutkan!!!
esok awal pagi aku dah bgon.. ramai gile org datang.
mcm ade knduri kawen..(mcm majlis kawen akak ak bbrpe bulan sblm tu)
tp kali ni semue tetamu nnges!!
mak nk d mandi kan..
uh mase tu, ak n akak aku (sya_shela; mase tu die 6 taon) berpelukan kat hujung sudut uma..
kitorang mcm kaku,x nngis, x ketawe..kire mcm x de jiwe r time tu...
''nk tgok mak dmandikan x?'' abah tnye.
aku cakap x nak! tp abah x pakse.
(mak, ejam mintak maap pasal ejem x dapat mandikan mak, mase tu ejam x tau ape! maafkan ejam mek eah?) pas tu upacare kafan, solat ngn pengebumian..
(maaf lagi sekali mak.. ejam x dapat nk solatkan untuk mak,x dapat kebumikan mak..maafkan ejam mak..ejam x tau ape lagi mase tu!!)
hari tu baru ak sedar gile2.. ak dah x dapat jumpe mak lagi sampi bile2, mk dah tinggalkan aku
((Untuk pengetahuan semue, bab ujan blom masuk lagi..sabar ye...))

esok aTau luse nye....
hari ujan..
ak baring kat sofa..
rindu kat mak, teringat kat mak..
akak ipar aku datang kt tmpat aku..
ejem wat pe?
x buat ape... ''baring2! rindu mak!''
time tu manje r konon2..anak bongsu katekan~~
akak pon baring sebelah aku
(untuk pengetahuan:mase tu sofa muat untuk 2 org pasal aku kecik lagi)
tibe2 aku boleh tye soalan ni kat akak
''akak mak x basah ke ujan2 ni kat dalam tanah?''
''kesian kat mak kan?''
akak aku mcm speechless.
tp aku kompom tu ayat aku!!..x kurang x lebih.
akak aku peluk aku, sambil nngis.
mungkin die x sangke ak akan tye soalan mcm tu.
ak x tau ape akak jawap, tp mungkin akak jawap
''mak x basah pasal mak dah masuk dalam syurga''
aminn..semoge ape yang akak cakap tu betol..
pasal arwah mak adelah ibu kandung terbaik pernah aku jumpe.
even die smpatjage ak smpai umo 5 tahun je,tp ak dapat rase kasih sayang nye sampai skang.
doa aku, semoge roh arwah mak di cucuri rahmat.
semoge mak d tempatkan di kalangan orang2 beriman..amin..
korang semue hargailah mak kandung korang, kesian ak kecik2 da x de mak kandung..
tp Allah maha adil, die gntikan aku ngn mak tiri yang btol2 baik
boleh bg kasih sayang scukopnye kat aku...
sayang kedua-dua mak yang Allah anugerahkan untuk aku...
p/s: automatically ak da x jadi anak bongsu..hehe..ade adik2 lain yang menyusul.