Sunday, June 12, 2016

Encik Terbang Ke Yogyakarta.

Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah hampir setahun abang tak update blog. Disini abang nak berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan abang ke Yogyakarta @ Jogja baru-baru ni. Secara amnya abang boleh katakan Yogyakarta ni tersangatlah berbaloi untuk dikunjungi. Awalnya abang langsung takde rancangan untuk mengikuti trip ni yang dah lama dirancang oleh bekas rakan-rakan pejabat abang. Kalau tak silap depa dah beli tiket time 2015 dulu. Dorang ada jugak ajak tapi abang tak beri kata putus sampailah sebulan sebelom trip. Time tu abang tergatal tangan untuk mengusya harga tiket flight AirAsia. Tiba-tiba return flight ticket cuma RM195 JHB- YOG return. Terus abang grab. Dengan menanam niat lantaklah dapat cuti ke tidak, ada apa2 function ke tidak. Kalau dapat pergi OK lah, tp kalau tak dapat pergi anggaplah tiket BURN. Redho dan Pasghah. At last, cuti approved dan Immegresen PASS. Hehek. Perjalanan abang ke Jogja awal sehari berbanding rakan-rakan yang lain. Awal sehari sebab flight dari JB cuma ada pada hari rabu. Kawan-kawan yang lain semua dari KL flight hari Khamis. Awalnya kami merancang untuk pergi berempat. Namun atas sebab yang tak dapat di elakkan 1 of us tak dapat join sebab ada urusan kerja yang tak dapat nak di elakkan. Maka, kami ke sana hanya bertiga. Secara jujurnya perjalanan kami ke Kota Jogja ni adalah ZERO preparation . Kenapa abang cakap ZERO preparation>? sebab urusan penempahan hotel dilakukan semasa kami di Jogja dan urusan menempah transport dan supir dilakukan setibanya abang di Jogja. Sangat power abang rasakan.Okay lama pulak bebel. Pada hari pertama >> Setibanya abang di Adisucipto Airport, abang terus menuju ke bilik hotel yang abang dah buat seminggu awal. Hotel untuk malam ni abang memang tempah awal2 memandangkan abang travel solo untuk hari ni. Keluar je dari balai ketibaan abang terus menapak sejauh lebih kurang 2~3 Km menuju ke hotel. Malam ni abang pilih De'Salvatore Hotel and Art. Bayaran untuk 1 malam menginap di sini adalah RP300000.
Untuk hari pertama, abang memang lepak je dekat hotel sebab takda apa sangat nak buat sorang-sorang. Dipendekkan cerita, pada hari kedua, abang bangun awal memandangkan masih belum ada itinerary yang abang buat. Nak redah, redah jugak tapi kalau langsung takde preparation memang payah. nak travel ni kena la nampak bijak sangat dan tak bergantung 100% pada supir kan. Dalam pukul 10.30 pagi abang checkout hotel dan mintak driver hotel untuk hantar abang ke airport. Diajangka kawan-kawan abang akan landed pukul 11.30 pagi. Supir dah siap-siap tunggu abang dekat airport. Dipendekkan cerita, member-member keluar dari balai ketibaan dalam pukul 11.45 pagi. Dan kami ready untuk memulakan pengembaraan ke Kota Yogyakarta. Jyeah. Untuk hari kedua ni, kami memilih untuk ke Candi Parabanan sebagai destinasi pertama. Kami memilih candi Parabanan sebab Candi ni terletak jauh dari destinasi yang lain. So kami pilih candi ni dulu. Supir ada suggest kalau pandai, kita boleh dapat entrance fee harga local. Bayangkan beza harga local visitor RP30000 tapi untuk orang luar harga mencanak jadi RP225000!! Awal-awal lagi dah kantoi sebab abang salah masuk entrance door. Abang masuk entrance international visitor lepas tu acah2 cakap indon.. haha!
Untuk hari ni, kami langsung tak booking tempat penginapan. Selesai jek melawat candi Parabanan, abang terus gerak ke Kota Yogyakarta untuk booking hostel kat sana. Pilihan utama backpacker dari malaysia semestinya EDU HOSTEL. Harga satu malam hanya RP80000 sahaja seorang. Dalam bilik ada 6 katil. Sangat berbaloi menginap di sini memandangkan jadual yang padat dan setakat nak tidur 4-5 jam sehari. Banyak aktiviti melibatkan sunrise dan sunset, maka aktiviti dalam hostel pon memang takde lah. Ok sila rujuk gambar sekitar hostel.
Hostel ni sangat bagus. Mesra pelanggan. Ada ruangan lepak. time ni la kami dok plan atau menambah baik itinerary. Fully recomended la kata orang putih. Lepas check in kami terus ke Malioboro street. Jalan-jalan bandar jek. Sebab harini masa tak berapa nak panjang, jadi cuma bole pergi 1 tempat jek. Settle jek terus menuju ke hostel untuk re-charge energy. BTW hostel ni ada sediakan sarapan pagi ala-ala hostel. Ada yang cedokkan lauk etc etc. Btw view dari roof top cantik banget. Hari ke -3 >> Pada awalnaya kami bercadang nak ke Gunung Merapi pada pagi ni tapi terpaksa cancel last minit sebab cuaca yang tak mengizinkan untuk melihat sunrise. Jadi, aktiviti hari ni lebih kepada aktiviti basah. main air jek. Pergi tempat-tempat yang basah. huhu. Settle sarapan pagi, supir pun dah tunggu kat bawah. so kami gerak ke Gunung Kindul. Perjalanan lebih kurang sejam atau sejam setengah nak naik gunung kindul ni. BTW entrance fee cuma RP10000 seorang, untuk aktiviti kt gua pidul ni total ada 6 aktiviti tp kami cuma ambil 1 aktiviti sebab nak simpan tenaga. Abang tak berapa ingat sangat nama aktiviti tu, tapi setakat naik pelampung dan menyusuri sungai dalam gua batu kapur. Nice jugak la. Takda gambar sebab takut phone masuk air. Lepas lebih kurang 2 jam di sini, kami terus bergerak ke Pantai timang. Boleh tahan jauh perjalanan ke sini. 2 ke 3 jam jugak la. sempat lagi abang tertidur time ni. Bole la usya gambar kat bawah ni...
ok settle part 1. Nanti abang sambung. Perut tertiba berkeroncong la plak. Puasa katakawwww.

Saturday, February 6, 2016

Encik Terbang ke Jepun ( Visit Japan)

Assalammualaikum. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk abang muncul dalam blog ni lagi . Haha . Lama gila rasanya tak login blog ni. Sejak laptop abang rosak agaknya. Memang tak gemar langsung lah abang nak update blog guna mobile phone. . Entry kali ni sedikit perkongsian untuk penjelajahan Jepun baru-baru ni. Takde lah jelajah sangat, sambil2 abang menyelesaikan urusan kerja di Kyoto, adalah beberapa tempat yang abang sempat lawati. Bermula dengan penerbangan pergi menaiki perkhidmatan Singapore Airlines pada 18 Ogos 2015, jam 1.35pagi. Haah, tiket agak mahal sebab all included. Lantak lah, company yang bayar. huhu. Perjalanan berjalan dengan lancar dimana penerbangan selama hampir 7 jam tersebut di habiskan dengan aktiviti tidur lebih kurang 5 jam lah. 1 jam berbual dengan dengan Zaidi. Member kerja abang dan lagi 1 jam makan sambil layan movie. Kalau nak di ikutkan boleh je abang nak tidur sampai 7 jam tp pramugari tu dok kejut suruh sarapan pagi. Awal2 abang nak kasitau sebab utama lawatan ke Jepun ni adalah semata-mata atas urusan kerja. Jadi, untuk kaki travel yang tengah plan untuk membuat percutian bajet atau inginkan itinerary dari abang, Sini bukan tempat yang paling sesuai untuk di rujuk. haha. Tapi kalau sekadar rujukan untuk melihat permandangan dan gaya hidup masyarakat Jepun, bolehlah kiranya cuci mata anda di sini. mcm tuhhhh~ . Sampai di Kansai Int. Airport (KIX) dalam pukul 9 pagi. Sampai je sana, abang terus beli pocket wifi dekat airport. Pakai Kredit kad boss. Untuk 20 hari, harganya lebih kurang 18000yen. wow. Kalau convert MYR dgn currency 3.6 dalam MYR500 mcm tu la. Ingat2 lupa. Orang kaunter tu cakap, untuk pocket wifi ni ada limit. 500mb / 3 days! Kau rasa? Untuk 3 orang pakai. Lepas 3 hari dia cakap baru dia masukkan lagi 500mb for the next 3 days uses. Gitu katanya. Tapi sebenarnya sampai jek kat hotel, NAH! WIFI LAGI LAJU! Menyesal pulak rasa! . Dari Kansai ke Kyoto takde la permandangan menarik sebab kiri kanan bangunan-bangunan. Tapi Sepanjang perjalanan naik train dari Kyoto ke Osadano, Mata ni seakan terpukau melihat keindahan alam semulajadi di Jepun secara amnya. Boleh la usya-usya gambar di bawah. Ringkasnya, jepun ni kaya dengan aktiviti pertanian. Pertanian yang tersusun. Cantik boh. Dari Kyoto ke Osadano ni abang mmg tak boleh tidur. Rasa menyesal sangat kalau tidur time lalu kawasan-kawasan ni. Dan akhirnya sampai di osadano, masa untuk mula bekerja. Selama 2 minggu abang di sini, abang menginap di Royal-Hill Hotel and Spa. Sorang satu bilik. Heaven!!! . Hujung minggu abang dapat la jalan area Kyoto city. Banyak tempat-tempat menarik tp tak semua dapat cover dalam masa sehari. Perjalanan ke hulur ke hilir abang beli Kyoto city bus 1 day pass. Dapat la cover Kiyo-Mizu dera. Temple terkenal dekat sini. View sangat la menarik dan cantik. Tp kalau datang musiM luruh lagi cantik kot. Daun semua jadi warna merah kuning biru semua ada. haha. . ok dah lama tak taip panjang. dah penat dah. Tengok la gambar yang ada.
Dont worry, abang updatew gambar balik nanti...