Tuesday, January 22, 2013

Farewell Mates!

Assalammualaikum.
tadi time bangun tidur,
terus fikir "ok, today is my last day here" After for almost 4 years I've been a part of orang pahang, Lagu perpisahan di sana sini, ucapan maaf itu dan ini,
macamanapun, aku semat dalam hati,
For me, dalam kita menggapai bintang, kejayaan itu sememangnya suatu kejayaan yang paling besar. Dalam masa sama, perjalanan menuju kejayaan itulah yang paling berharga.
For almost 4 years we're together, Ini merupakan titik perpisahan, Jodoh, Rezeki, Ajal dan maut semuanya datang dari yang Maha Esa, Yes, I have to admit that every "pertemuan", will surely ended with perpisahan, Untuk fasa kali ini, tiba masanya berpisah dengan rakan-rakan degree.
1 hostel, 1 rumah, 1 bilik, 1 katil, 1 selimut dan 1 bantal pun pernah, Cerita kita takkan pernah habis, dari topik merah, hijau, kuning, biru dan banyak lagi, (Iu know what i mean) hahaha. Ini sememangnya berharga sangat berharga
Fasa mendatang, kita akan tempuh hidup yang lebih mencabar Good Luck member-member Ampun maaf, segala kesilapan, Halal makan minum, semoga berbahagia selalu
macamana pun aku pernah benci, marah, atau annoying dengan hangpa, sedar lah bahawasanya hangpa pernah muncul dalam fasa-fasa hidup gua. Ang semua ni beruntung, ya, sangat beruntung :')
*gua tak nangis, mata masuk habuk*
Assalammualaikum :)

Monday, January 21, 2013

Bye Bye Pahang

Assalammualaikum.
Ini akan jadi antara entry paling ringkas saya dalam dunia. Ini entri sedih sebenarnya, tapi harap2 anda2 semua tak tergelak bila membacanya.
Konon -konon nak cerita sedih pasal dah nak habis study sebenarnya. tapi ni bukan acah-acah, ini bebetul. Ambik mood sekejap.
Kisah sedih bermula *pasang lagu pelangi senja* hahahaha.
Its almost 3 and half years jugak mengabdikan diri kat pahang. ayat mengabdikan tu celaka jugak kedengaran. Pengabdian yang suka rela sebenarnya. Duduk pahang ni banyak kenangannya selain harmoni dan indah permai lagi makmur. *bukan @jiranpermai (rujuk tuider*). sekadar nak menyimpulkan beberapa point penting rumusan sepanjang 3 tahun sengah bergelar MAHASISWA universiti mlayasia pahang.
1. Ini merupakan tempat belajar yang paling jauh. Mula2 dapat terima kat Pahang rasa macam tak percaya. Bukan apa, bila kita orang Johor, memang terpikir Pahang tu sangat jauh. jadi, keputusan untuk menjadi sebahagian penduduk pahang selama 4 tahun bukan lah sesuatu yang mudah. Sampai satu masa, aku tak boleh tidur malam memikirkan pengorbanan ini. Namun akuterima tawaran ini, ya, dengan hati yang rela
2. Make friends - UMP lah tempat aku kembangkan otak yang sedia kecut ni untuk terima segala benda berkaitan pandangan, cara hidup, bahasa, dialek, budaya, ideologi, sikap,makanan,selera dan sebagainya. UMP yang menghubungkan aku dengan rakan-rakan dari pahang, terengganu, sabah, sarawak, kedah, melaka, KL, selangor, perak, n9. Dan faktanya, di kelas kami tiada pelajar yang berasal dari Penang, Perlis dan labuan. Ini sangat precious!
3. Hidup berdikari - sangat berdikari. basuh baju sendiri, cari makan sendiri, belajar sendiri, bangun tidur sendiri dan semuanya sendiri. jauh dari family. Berbekalkan pengalaman masa duduk asrama dulu. Takde hal lah.
4. Accident Motor- Ni first time dalam hidup eksiden. kena jahit 15 dekat siku belah kiri. kaki bengkak sampai lumpuh beberapa hari. Yes, pengalaman yang paling-paling-paling tak akan dilupakan dalam hidup. Kalau satu hari nanti, aku acah-acah lupa kat kawan2, guna point parut dekat siku kiri ini untuk menyedarkan aku dari lamunan panjang. okey? Kisah eksiden ini pun ada aku muatkan dalam entri blog. cari sendiri. lols
5. Lecturer, Assignment, Quiz,Test- Ini hanya term2 yang digunakan di institusi pengajian tinggi. time sekolah memang takde istilah ni. Kadang2 teringin pasal bunyi macam gempak.Pada aku, ni masanya kita berdepan dengan para maknusia berintelektual. Ahli akademik yang sememangnya serba berpengalaman dan serba tahu akan bidang masing2. Assignment, padahal mcm kerja rumah je konsep dia. Quiz, aku ingtkan mcm pop kuiz, rupanya latihan jek, Test macam biaselah exam penting juga selepas ranking final exam.
6. pahang- sebuah negeri paling besar kat semenanjung. semua tahu kan?. aku nak kasitahu sikit je yang aku tak habis explore lagi negeri ni. Janda baik ke, bukit ape ke aku memang tak pernah sampai lagi. okbai.
7.stress memang tak boleh lari. Lagi2 jenis manusia macam gua. buat kerja last minutes dengan harapan dapat full mark. projek bersepah pun still layan twitter/ fb. kadang2 fikir rosak jugak masa depan gua ni, tapi fikir2 balik budak2 lain pun buat benda yang sama. its normal kau budak kimia, komputer,awam, mekanikal, sains industri, elektrik dan sebagainya..jadi ianya normal, SILA SEMATKAN DALAM HATI! lol.
8. proses mengenali diri sendiri juga sebenarnya. Kita akan lebih bertanggungjawap dgn tugas yang diamanah, kita berusaha untuk capai sesuatu, kita akan berusaha tunjuk yang terbaik pd orang lain, persediaan diri untuk tempoh fasa2 yang akan datang. semuanya BELAJAR. Dan kalau kat sini korang belajar main CS, dota, PEES, itu belajar juga, tapi tak perlu dinyatakan disini, hahaha.
9. Takde yang lebih penting bila kita duduk jauh dengan family. paling penting kawan dengan matlamat as a undergraduate. Kalau kau tak belajar, kau keluar lepak2 dengan member2. Itu je kalau pusing2. kalau kau keluar dgn kawan2, pastinya kau tak kan belajar. seiring dan sekata gitu konsep dia. Jadi pada aku, belajar untuk masa depan yang cemerlang dan make friends untuk terus gemilang dan terbilang. Merepek je sebenarnya ni. LANTAK!
10. Jenuh nak cukupkan 10 points. ok lah last point, aku doakan yang terbaik buat rakan2 UMP. Honestly, aku sedih akan tinggalkan korang. 3tahun sengah wei!! nanti masing2 bawa diri, cari hala tuju hidup sendiri, kerjaya sendiri, kaya sendiri dan sebagainya. Doa yang baik2 mengiringi hangpa semua. Jadi pekerja yang baik, sentiasa belajar, tingkatkan taraf hidup, kejarlah gelaran dato', tan sri, kalau perempuan yang nak usya anak raja, datin sri dan sebagainya. good luck. doa yang baik2 untuk hangpa semua. Gua nak kemas2 barang nak balik selatan tanah air. ada masa, ada rezeki dekat mana2 berjumpalah lagi hendaknya. salam mesra, salam 1 malaysia. zzzzzz
ok ini saja entry saya buat kali ini. semoga terhibur. *RUJUK AYAT PERTAMA SAYA DALAM ENTRI INI* YA, entri pendek saya XD....

Saturday, January 5, 2013

Tentang Kita Semua ITMers!

Assalammualaikum.
Hi readers, Lama dah rasanya gua tak conteng apa-apa dekat blog ni. Namun pada awal pagi yang berbahagia ini, izinkan gua menulis seratus dua ratus kata. Entry ni panjang. Entry ni serba sikit review tentang secebis kisah suka-duka-manis-pahit-payau- mahupun kelat selama mana gua menghabiskan beberapa tahun hidup di tanah UMP.
Alhamdulillah setelah 3 tahun setengah berhempas pulas, ulang-alik, terkehel otak menghafal untuk quiz, exam, final, assignment, projek dan paling penting PSM. Pada masa yang sama gua dah berjaya habiskan kesemua 112 kredit hour dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur.
Kehidupan sebagai mahasiswa sebenarnya mengenai liku-liku hidup dimana kita mula belajar banyak benda seperti mengenal ragam manusia, berkongsi adat, bertukar-tukar ideologi, berkongsi ilmu bermanfaat, melagho, menggosip, berbincang mengenai awek mahupun pasangan hidup dan sebagainya. Ye lah, zaman awal remaja katanya. It such a beautiful stage of life. gitu lah! Ok, macam dah nak masuk babak sedih T__T
Ok dah nak start mengingat balik sejarah masa mula-mula menjejakkan kaki di UMP. Alhamdulillah pada 13 September 2009 bermulanya cabaran gua sebagai seorang mahasiswa sarjana muda. Mulanya gua tak pasti dengan tindakan yang gua buat. Gua kena korbankan 4 tahun gua di tempat orang. Sebenarnya bila mula-mula gua terima tawaran ni, hati jadi berbelah bahagi. Sangat banyak benda yang gua fikirkan. Sampaikan satu masa gua kena ambik satu masa yang sesuai untuk bagitau mak abah pasal tawaran ni. Entah kenapa, hati rasa berbelah bahagi. 4 tahun wooo. At last gua decide untuk terima tawaran ni. Gua jadikan titik permulaan untuk gua bina kerjaya dan jalan hidup gua, Alhamdulillah.
Alhamdulillah hampir 4 tahun mengabdikan diri pada buku-buku, dan segala macam ilmu yang bermanfaat, tanggal 3 Januari 2013, gua dengan jaya nya telah tamat menjawap paper terakhir gua as a mahasiswa. Siapa tak bangga? betul tak. Bila fikir2 balik, gua bukan dilahirkan dalam kalangan manusia2 cendekiawan. Kalau dilihat balik pada latar belakang pelajaran gua, gua bukan dalam golongan manusia yang straight A dalam apa jua peperiksaan. Mungkin atas izin Allah, Dia tunjukkan jalan dan peluang untuk gua sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.
Cakap pasal rakan-rakan UMP, 4 tahun beb kita sama-sama berkongsi hidup.Err.. maksud gua, kita share ilmu pengetahuan, persekitaran, pengalaman, dan banyak lagi. Kita tinggalkan keluarga dan orang tersayang demi cita-cita kita. it's awesome beb! Tak semua orang kuat macam kita untuk hadapi semua ni. So, dengan ini, gua doakan korang semua berjaya di masa2 mendatang.
Macam biasa, bila ada depan mata kadang-kadang kita terlepas pandang dan bila dah tak da depan mata baru sibuk nak mengenang. Ini normal. Dah hujung-hujung kehidupan sbg pelajar ni, satu per satu memori kadang-kadang muncul kat benak fikiran. Even sepahit mana suatu benda tu, kalau kita kenang, tak mustahil semua akan menjadi manis. Yang paling penting kita timba pengalaman dari perkara-perkara macam tu. Ye tak?
Ok memang syahdu, dikesempatan ini, gua dengan serendah-rendah hati, pada sesiapa sahaja classmates gua yang terjenguk blog ni ( sebab apa gua cakap terjenguk? sebab takkan sesekali gua link kan blog gua kat fb. haha. maluu) gua ingin menyusun 10 jari diatas segala khilaf dan salah yang telah gua lakukan. Terkutuk tu memang banyak, cakap belakang apatah lagi. Tapi ikhlasnya tak tersimpan kat dalam hati. Mohon engkau orang semua boleh memaafkan gua yang serba tidak sempurna ini. Wish u all the best. Kerja rajin-rajin, kalau yang nak sambung master, gua salute!!! pada yang nak kahwin, mohon share hari berbahagia korang tu. Kenangan indah tidak mungkin di lupakan.
Assalammualaikum :) Beberapa gambar kenangan. secebis je ni yang ada dalam hard disk gua :) dikesempatan ni reader yang lain bolehlah kaji sikit saiz gua dulu dan sekarang. beza sangat doh! Last but not least "MAJU GEMILANG! HIDUP UMP! LOLZ