Saturday, December 24, 2011

1 Perkara dan 2 Rasa

Assalammualaikum... Simple entry harini. malas nak taip pepanjang. hehe. Memandangkan sesi pengkuliahan semester ni dah pun tamat secara rasminya semalam di kebanyakan IPTA, ada satu benda yang aku nak share dengan gambar ni.. hehe. :
Kalau tgk status yang kat atas tu, kemain mmber aku ni happy pasal sesi kuliah habis, dan selesailah semua esaiment, quiz mahupun projek. Inilah masanya terbaik nak fokus untuk final exam. Tapi berbeza dengan mmber aku yang sorang lagi ni. Tahun akhir, Semester akhir, sedih nak tinggalkan dunia kampus katanya. Dan aku rasa, perkara ini jugak aku bakal hadapi setahun dari sekarang. Dapat rasakan, Sedih woi tinggalkan classmates yg tinggal bersepah kat seluruh malaysia ni.. hehe. dan Ape yang sebenarnya aku nak share ialah tentang satu perkara yang sama, masa yang sama namun terdapat dua rasa yang berbeza. Tu je, kebetulan cantik je susunan statusnya di FB aku. Tapi ucapan untuk kedua-dua golongan ni, Good Luck untuk peperiksaan akhir untuk semester ni. Adios! ;)

Saturday, December 17, 2011

Punca-punca Gejala #BlogHambar

Assalammualaikum. pastinye ramai yang tertanya-tanya, ape mimpi aku buat entry harini. Bukan ke 2 hari lepas dah berentry?. Ape mimpi ni pubblish lebih 1 kali seminggu ;p tak de mende sebenarnya. Tangan dah lama rase tak menaip, kalau menaip pastinye bersepah typo dan lambat macam kura-kura. Ni nak asah balik bakat manaip laju.

Teruskan kepada isi-isi penting, sebenarnya tajuk hari ni lebih kepada survey '' kenapa blog Encik Ezam tak ramai follower? '' dan ''kenapa bilangan followers statik tak berubah?''. kemungkinan besar aku dapat identify beberapa sebab ar. Susah nak nampak naik walaupun seangka. dan sebelum tu, Adalah dengan segala hormatnya aku nak ucap trillion terima kasih kepada followers sedia ada mahupun readers yang mmbaca. OK baiklah, Aku nak kupas satu per satu sebab yang kemungkinan menjadi penyumbang utama kepada gejala ni #eh.

1. Aku berkeyakinan punca utama masalah ni ialah sebab aku jarang update ini blog atas alasan busy 24/7. Walhal masalah sebenar ialah tak de idea nak tulis dan tak de sebab nak menulis. Dan langkah mengatasinya ialah InshaAllah tahun depan 2012, saya akan pastikan kekerapan untuk menulis entry tu adalah tinggi. Tapi pada pendapat aku, kalau banyak sangat pubblish entry, tapi tak de kualiti, tak guna jugak ann? Mungkin kekerapan menulis entry dan tahap qualiti akan dipertimbangkan. :)

2. Ade orang cakap pemain twitter kebanyakannya terdiri dari para blogger, antara contohnye mase time mula-mula aku layan twitter dulu, ade orang tanya, ''blogger ke?'' pasal die cakap aku punye followers boleh tahan banyak mase tu. Tapi aku jawap, ''ye, aku blogger tapi tak setegar mana pun. blog bodoh-bodoh je''. Mula2 pelik jugak kenapa orang tanya macam tu, dan sekarang baru aku dapat jawapan. point nya kat sini, Biasanya Tweeps akan tweet tentang update blog die kat twitter. Tak kira la dalam usaha nak menaikkan trafik mahupun meningkatkan jumlah pengikut. tak kira update baru mahupun lama. Dan terbukti ianya berkesan. Sama jugak mcm di facebook, facebooker pon ade yang rajin share link blog/entry kat wall. Namun aku tak pernah berbuat demikian. Sebab ape? Aku pun tak berape pasti sebAb nya. Mungkin aku taknak campur aduk kan antara Twitter,FB, blog dan sebagainya. motif? aku pun tak tahu ape motif sebenar kejadian ;p pendapat anda wajarkah tindakan ni?

3 Aktivi blogwalking pon semakin kurang, adat berblog, rajin-rajin lah blogwalking kat mana-mana blog. Tak kisah blog sape saje. Tapi kadang2 aku terjah jugak blog-blog yang aku follow dan yg org lain share. tapi jarang untuk tinggalkan jejak kat chatbox. Chatbox merupakan satu-satunya cara nak kasi orang tahu kehadiran kita dan melawat balik blog kite, Kan? Mungkin lepas ni wajib tinggalkan jejak untuk pastikan bilangan trafik meningkat dari masa ke semasa ;p

4. Sememangnya aku bukanlah dilahirkan kreatif di dunia. Tapi kalau bab dilahirkan Hemsem tu aku setuju #Eh! (tibe2 lari topik). Gurau je, entry tanpa hiburan mcm sambal belacan tak de belacan. ye tak? ok, sambung.. kreatif dari segi menghias blog lip lap lip lap.. debooom!, gemerlapan, header gempak smue tu. Namun,personally pda aku, blog yang sempoi dan cool adalah blog yang paling simple di dunia. Tapi blog aku ni memang masih boleh diklasifikasikan sbg masih serabut dan harus di perkemaskan lagi. MUNGKIN. Untuk pengetahuan, header kat atas ni adelah percubaan pertama aku buat header. dan belum pernah bertukar dengan header yang lain. tadika betul tahap kualitinye kan?haha Komen anda?

5. Adekah disebabkan oleh penulisan aku yang huru hara dan bosan? anda yang layak menilai ;) sebarang cadangan dan komen silalah lemparkan di ruangan komen. Kalau komen nak suruh padam je blog ni, saya tak setuju sama sekali ;p

sincerely,

Wednesday, December 14, 2011

Cameron Highland

Assalammualaikum w.b.t

Pe kabar people?. As usual, 1st sentence yang aku nak cakap ialah ''sorry dah lama tak update ini belog''. Rasenye kalau bagi alasan sibuk pasal stdy, dari 1st time reg uni ni dah bizi. paling reasonable ialah aku malas nak update. bukan pasal ape, mood nak menaip ni liat nak datang. ok stop.

Takde ape nak di cakap, tapi sekadar nak update aktiviti baru-baru ni. Mungkin boleh jadi panduan berguna kepada anda semua. Panduan ape? haha.. *tetibe*

Ok weekend yang lepas ni aku baru je habiskan masa dengan family. Makna nye quality time dgn family. Macam biase end of year, bebudak sekolah semua cuti, waktu yang sesuai untuk bercuti.

For sure percutian kali ni takde kene mengena dengan paris, kota cinta London mahupun monte carlo yang cambest tu. Tahun ni Kami habiskan masa di Tanah tinggi Cameron. Ekhem, dan untuk pengetahuan.. ni 1st time aku naik tanah tinggi Cameron. Kesian? memang kesian ;p

Memandangkan minggu lepas aku sangat-sangat bizi dengan test mahupun kuiz, akhirnya hari Jumaat aku yang sememangnya free tu tak diganti dengan sebarang test, replacement class mahupun Kuiz sperti minggu2 yang lepas. Alhamdulillah. Oleh yang demikian, aku grak balik JB hari Rabu tu. Dipendekkan cerita, Jumaat tu bermula perjalanan menuju puncak! *sambil pasang lagu AF*

Macam2 dugaan masa perjalanan pergi.. kereta buat hal. so stuck kat R&R dengkil, selangor untuk tunggu mekanik betulkan kerosakan yang berkenaan. almost 4 hours.

Dipendekkan cerita, kami sampai di Bandar Ipoh pun dah maghrib. Then, automatiknya kami kene menuju puncak pada waktu malam. Maknanya sangat mencabar!

Alhamdulillah almost 9PM kami sampai ke Brinchang. Meriah! pasal ape? pasal ramai orang rupanya atas gunung ni. Tak seperti perjalanan naik bukit tadi yang menyeramkan dan diselubungi bahaya :p

Apelah makna entry tanpa gambar. Namun nya, semue pic ni pakai phone camera je. nyway TQ pada Sony Ericsson.


ini view dari hotel kami :) nice bukan.


Pekan Brinchang.


2nd day: Breakfast. Harga atas ni berpatutan. Aku ingat mahal sangt pasal kos nak bawak naik beras, kelapa, telur.. etc untuk buat nasi lemak ;p


view dari puncak bukit ladang teh BOH





kilang BOH


minum teh sambil menghadap ladang teh. gile kau tak heaven?



macam biase cameron mmg kaya dengan sayur-sayuran.



perkenalkan lil bro. petik strawberry. 1st time untuk die :)



slrrppp! manis.


Klau ingat JB or KL jem setiap hari, cameron ni pon lagi mencabar, jammed atas bukit. mencabar beb!



sopping katenye :)


borong chocolate ...



nephew-nephew gua


heading back to Johore


ok ni paling kagum. brader ni tongkat dagu sambil ride kat PLUS. Respek bro!


ok, ni baru ade kene mengena dengan wordless wednesday!


bapak aku low profile. ambik gmbar dengan pekebun. tebaik bah!

dan tepat pukul 8.00 malam (ahad,11,12,2011) , sampai kat bandaraya melaka. member aku, Jamil ambik kat tol ayer keroh. Terus lincah pegi Melaka Central untuk dapatkan tiket balik Kuantan. Pasal Isnin tu ade quiz. Alhamdulillah, bas pukul 10 malam. Sampai Gambang, Pahang tepat pukul 2 pagi. And family pun selamat sampai Johor pukul 12mlm mcm tu.

Papehal, ni adalah percutian yang penuh dengan kenangan :) dan last sekali, hv a good day readers! thanks for viewing this.

p/s: ekhem, td baru dapat MMS dari Kak zila, die send pic ni. Rayyan pakai topi yang aku kirim utk die. oK comel der! tak dapat bagi by hand pasal tros grak Kuantan.