Tuesday, May 15, 2012

selamat hari ibu untuk Mak. Al-Fatihah buat Ibu

Assalammualaikum dan salam 3:03 pagi.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan ''SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU DI MALAYSIA'' dan secara khasnya ditujukan kepada ibu saya, Faridah Binti Maslim. Dan titipan al-fatihah buat allayarhamah ibu kandung saya Allahyarhamah Mutiaton Binti Marlan.

Secara jujurnya ucapan selamat hari ibu tidak pernah lekang diucapkan buat ibu-ibu yang lain seperti ibu sirap, ibu roti, ibumie dan seangkatan dengannya. OK ini lawak hambar. Dengan ucapan untuk sambutan tahun ini, ibu saya dipanjangkan usia, dikurniakan anak yang terus dan terus menyayangi mak dan semoga hidupmu sentiasa berada bawah lindunganMu, Ya Allah. Buat arwah ibu, ejam (haaa..nama manja) tak pernah melupakan jasa dan pengorbananmu walau hanya 5 tahun sempat menumpang kasih- sayangmu. Aku berdoa, agar ibu berada disisi allah dalam kalangan hamba yang beriman di alam sana. Untuk kita berjumpa di dunia yang fana ini memang tidak. Namun tidak pernah berhenti berdoa agar kita dapat bersua dan dipertemukan di sana kelak. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

Nak kongsi sikit cerita, walau ibu dah hampir 19 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Tapi masih ada beberapa memori yang masih segar dalam ingatan. Aku tak tahu macamana aku masih boleh ingat peristiwa masa seawal umur 3,4 tahun. Mungkin Allah kurniakan ingatan ini agar kasih dan sayang itu takkan pernah luntur dan putus walau sampai ke hujung usia ini. Terima kasih ya Allah.

Ingat lagi dimana pada usia 5 tahun, masa nak hantar kakak pergi sekolah tadika, aku bertenggek dekat bakul motor. Masa tu ibu yang hantar. Aku masih ingat. Tapi sayang, ibu tak sempat nak hantar aku pergi sekolah, melihat aku berpakaian sekolah. Tapi takpa, aku yakin ibu pernah mendoakan agar aku akan berjaya dalam pelajaran kelak.

Ingat lagi peristiwa dimana ibu sempat lagi marah dan merotan aku masa kecil. Tak tahu pasal apa kesalahannya. tapi ibu rotan aku dengan akak. Masa tu kami melalak belakang pintu sambil berpelukan. Tanda protes. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan untuk di marahi dan di rotan oleh ibu kandung kami. Tujuannya tidak lain, dan tidak bukan untuk menjadikan kami anak yang baik pada masa-masa depan. InsyaAllah.

Ingat lagi dimana kami sekeluarga pergi berkelah di pantai. Masa tu arwah ibu cukup gembira. Aku dapat gambarkan perasaan dia walau seawal usia 3 tahun. wajahnya berseri, tak lekang dari senyuman. Kini, Gambar kenangan yang dijadikan sebagai medium melepas rindu. Terima Kasih Ya Allah.ingat lagi, setahun sebelum arwah meninggalkan kami, masa tu majlis perkahwinan kakak sulung. Itu perkahwinan anak yang terakhir yang sempat mak raikan. Masa tu majlis betul- betul meriah. Walau sesibuk mana, ingat lagi dakapan ibu untuk menidurkan aku pada malam tu setelah seharian menyediakan persiapan perkahwinan kakak. Dikendong dan didodoi tanda sayang walau aku tahu penat dan lesu menyelubungi tubuh arwah ketika itu. Rindunya masa tu. Terima Kasih Ya Allah.

Ingat lagi, masa ibu nak pergi Kenduri rumah jiran tetangga. Masa tu aku melalak nak ikut. Last2 masa ibu tengah sibuk baca Yaasin, aku tertidur, ibu pangku. Masa nak balik, Dengan cuaca hujan, ibu dokong aku sambil jalan kaki sampai ke rumah basah-basah. Kudrat ibu sungguh kuat. dan Sampai sekarang aku mampu rasa kehangatan pelukan arwah tiap kali waktu hujan datang. Perasaan tu mungkin tak semua orang boleh rasa. Serius.Ingat lagi saat-saat terakhir hayat ibu. Petang tu ibu tak masak pasal ibu sakit. Ibu hanya berbaring di tilam bujang yang diletakkan dekat ruang tamu di bahagian tengah rumah. Masa tu ibu hanya baring sambil mengeluh kesakitan. Sedih. Memang sedih. Tapi aku tak tahu apa perlu dilakukan selain pandang dan lihat. Yang paling terdaya aku usap dahi ibu, aku urut tangan dan kaki ibu. Dengan harapan rasa sakit ibu berkurangan.

ingat lagi, Maghrib tu masa ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku tiada di sisi ibu, Kami adik beradik sedang sujud kepada Allah agar kesihatan ibu semakin baik. namun Allah lebih menyayangi ibu. masa itulah Dia tarik nyawa ibu. Namun kami redha. Ingat lagi pada malam tu, pada satu masa aku dan kakak sulung menemani jasad kaku ibu di tengah2 ruang tamu. Kakak cakap jangan nangis. aku tak sedih, kerana aku terfikir ibu akan bangun pada keesokan harinya. dan mungkin aku berfikir, ini hanya mimpi. Esok bangun pagi mesti emak akan sediakan sarapan untuk kami. Namun, Allah betul-betul telah mengambil ibu dari kami, kami redha.

Ingat lagi masa bangun dari tidur, rumah dah penuh dengan orang ramai. Abah ajak tengok orang memandikan jasad kaku mak, tapi aku tolak. Disudut penjuru aku mencangkung melihat tindak-tanduk orang ramai. Masih tak mengerti.Namun kini aku masih bersyukur, masih berdiri disamping insan2 yang terbaik dalam hidup. Allah kurniakan aku seorang lagi emak yang amat-amat layak untuk kami sekeluarga. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku DUA orang ibu yang terbaik.

Akhir persoalan saya untuk readers semua, ''Kau ada?'' HAHA. SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK-MAK SAYA!!ASSALALAMMUALAIKUM

Thursday, May 10, 2012

Jenguk Dan Ziarah Blog Berhabuk.

ASSALAMMUALAIKUM.

Nampak tak CAPS LOCK itu. Bermakna saya tengah bersemangat untuk menaip. Pasal apa, pasal tiba-tiba tadi tengok stats 40 visitors untuk hari ini. *gosok mata 13 juta kali* ternyata fakta. Maka saya gembira.Ayat agak bodoh disini, izinkan saya switch kepada gaya bahasa yang lebih santai, sempoi dan juga selamba. Testing.. testing..

Haa. Aku bukan apa, aku bukan tak sudi nak tulis entry di blog cabuk ni, malangnya aku terikat dengan kontrak terhadap tuhan, keluarga dan juga masyarakat. maknanya, kene laksanakan tanggung jawab sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. tak gitu?

Secara sukacitanya aku nak maklumkan bahawa sem ini merupakan semester enam. Makanya semester ini bermulalah suasana pembelajaran yang benak, senak dan jugak semput. Mana tak nya, aku terikat dengan PSM 1, dan beberapa lagi projek-projek yang aku rasa agak dahsyat dan perlu di selesaikan dalam masa-masa yang di tetapkan. Memang gila. Tapi ape boleh buat? kata nak grad on time. Wajibul ghunnah lah untuk tempuh.

Aku dah janji dengan sebenar-benar janji tak nak taip panjang-panjang pasal masa dah menunjukkan 3.43 pagi. Memanglah trend aku tulis entry di skala tiga per empat malam, tapi fikir esok pagi nak kena jumpa supervisor tercinta. Makanya dengan ini aku memohon agar dapat mengundur diri. Ya, mengundur diri sebelum gaya bahasa untuk entry kali ini tak terus hancur dan berkubur. Sekian terima kasih.

Sayang kamu ketat ketat wahai readers. Oh, sambil2 tu, siapa yang mempunyai akaun twitter, alangkah baiknya andai kita, para bloger dapat mengarut dan mencarut mengikut acuan otak masing-masing. Sekian, terima kasih.*sesambil termenung mikir tests, assignments, quizes, presentations, business plan, PSM, etc

*
ni namanya termenung di buat-buat. out. ASSALAMMUALAIKUM.