Sunday, March 25, 2012

R.I.P Little Angel- Dirang.

Assalammualaikum.macam biasa aku buat entry tengah-tengah malam buta. Mungkin pasal suasana tenang konon ilham senang nak masuk. Apepun semangat nak menaip entry semakin memuncak kebelakangan ni. Ok mata dah mula nk mengantuk, gua taip laju ni. Lately aku rasa bimbang tak tentu pasal sebab terlalu banyak kes bunuh, bakar. Tak selesai dengan kes Dato' Sosilawati yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dulu, baru-baru ni kes bunuh bakar yang melibatkan kanak-kanak. Cakap pasal kanak-kanak jangan cakap, sebelum ni pun dah banyak kes yang sama yang kebanyakannya masih tak selesai. Dalam erti kata lain, penjenayah tu masih tak tertangkap lagi sampai sekarang.

aku lebih nak menekan kan pasal kes bunuh kanak-kanak perempuan yang bernam DIRANG. Aku yakin satu Malaysia alert dengan berita kehilangan, pembunuhan yang berlaku pada kanak-kanak malang ni. perkara ni pun berlaku kat negeri Johor. Nak di ikutkan adik-adik, anak buah semua duduk kat Johor. Risau jugak bila keadaan luar rumah ni makin jadi tak selamat untuk kanak-kanak. Anggap je lah entry ni sebagai peringatan bersama.

dipendekkan lagi cerita. Minggu yg lepas ni kami atau warga course aku telah sama-sama berganding bahu dalam usaha menyuarakan suara kecil kami terhadap jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Hasil cetusan idea dari seorang pensyarah kami ( he's from GAZA)). jadi kami bersama-sama menjayakan kempen ini dengan harapan suara kecil kami ni berjaya didengari komuniti di malaysia ni. bak kata lecturer aku '' do somethig than nothing. at least kita cuba untuk tunjuk rasa hati kita, suara kita daripada terus meratap dan melihat tanpa melakukan apa-apa.''Ok, layan beberapa gambar. Gambar yang menunjukkan kami membantah sekeras-kerasnya terhadap jenayah terhadap kanak-kanak. Dan dikesempatan ini juga kami sebulat suara mendoakan agar adik Dirang ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman. Kepada keluarga, salam takziah dan kuatkan semangat dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan kepada komuniti, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan awasi anak-anak anda.


kau orang boleh tengok semangat aku dalam menjayakan kempen ni dengan ekspresi muka yang.... sedih!. sememangnya lahir dari hati yang sugul time ni. Serius. Masa kawan aku berteater pendek, time lect aku bacakan doa, gua rasa sayu. seperti aku berada kat tempat keluarga mangsa. Al-Fatihah dan salam takziah.

Saturday, March 17, 2012

Pengalame Abe sajo..

Assalammualaikum.

Hye rakan-rakan. Apa khabar anda semua disana? di harapkan anda berada di dalam keadaan yang ceria dan walafiat selalu. Memandangkan penulisan yang agak poyo harini, saya sendiri berasa kurang senang untuk membacanya. Jom kita tukar kepada versi lain yang lebih sempoi dan bersederhana. Beb, nampak sangat aku bosan tak tau nak buat ape kan.

OK baiklah, td aku rasa bosan tahap gila bab1 tak tau nak buat ape, aku layan video clip SNSD sekati dua. Pasal nak cuci mata sesikit tengok yuri dengan jessica dengan sunny , yoona dan beberapa individu lain lah. Macam tu. Tapi sebelum tu terlayan pulak konsert jelajah asia diorang ni. dan sebelum tu jugak terlayan klip video gee dgn hoot dia tu. Ok, persoalannya kat sini, sejak bila aku layan k-pop. Dulu bukan main join group2 anti K-POP atau kami panggil K-Pork.. Nah ambik hasilnya. Semua pasal housemate yg gila korea. puiii kat diri sendiri.. nak salahkan org plak kan.. keh3. sorry MEGA.

Bukan ini isunye, dasarnya aku nak wish congratulations lah kan kat junior-junior lepasan stpm hok baru lepas dapat keputusan. Hey tahniah kepada yang berjaya. pada yang kureng tu takde masalah. Pandai-pandai cari kos mase nak apply Uni tu, inshaAllah boleh punya, no worries. Meh abang nak cerita meh, abang merupakan pelajar tahun akhir kat Uni nih. haa.. abang pun merupakan pelajar lepasan STPM 2008. Dan ni pun bukan lah isu yang nk diketengahkan untuk harini. Abang aku nak share lah sebutir dua pengalaman masa mula-mula apply UPU dulu. Huh. memang neves bukan main masa dapat result STPM tu. Tapi lepas dapat je result yg cukup-cukup makan tu, aku rasa lega lah. Tros ngadap depan PC kemaskinikan permohonan nak masuk Uni ni semua. Risau Jugak salah pilih kos takut tak dapat sambung blajar kat Uni. Pernah satu hari tu aku mengadu kat akak aku, cmane kalau aku tak dapat masuk U. Tapi akak aku marah aku cakap mcm tu, dia yakin pada kebolehan aku *sambil menyeka air mata* bajet sedih.

Pada hari kejadian dapat tau yang aku terpilih untuk jadi student UMP ni, gila babi sedih. 1st sedih pasal syok2 nak bagitau parents dapat tawaran masuk uni, slip yg aku bawak g CC tu ntah kat mana melayang. Rempit katakan. 2nd sedih pasal of kos kene keluar dari rumah tu untuk tempoh 4 tahun. Maknanya rumah kat johor tu jadi rumah kedua lah lepas hostel ni ambik alih.Ketiganya aku merupakan satu2nya budak dalam batch dapat kat pahang ni. Gila terpinggir rasa. maksudnya terpinggir mcm perantau r. sesorang menghadapi dunia serba mencabai di bumi orang. Tapi Dalam sedih pun gembira jugak dapat gelaran siswa. Selangkah menuju kejayaan katanya. Pasal Slip STPM tu, gila kau tak risau! nasib baik slip sementara je.. agak Menggelupar jugaklah pegi sekolah mintak copy. Mcm jilaka kan perangai.. takpe takpe, benda boleh settle. ;p

Dipendekkan cerita, masa hari pendaftaran tu, tak dapat nak tidur lena. Pukul 4 pagi dah gerak dari rumah nk menuju ke Pahang. Punyelah excited lalu jalan JB- Mersing. Paham2 sendirik lah hutan tebal tu. Kabus jangan cakap, mcm winter gamaknye. Last2 slow motion jugak lah perjalanan. Nak dipendekkan cerita lagi dah sampai bandar pekan, teringat baju kemeja untuk reg tu tertinggal kat rumah. Gantung kat tingkap bilik lpas iron. Rase nak maki baju kemeja tu. Nasib ada baju lain dalam luggage. Tapi memang selekeh r dengan tak iron nye lagi. Gila sakai aku rasa. Tapi tada hal. Takde sapa yg aku kenal. Sampai je UMP, punyelah ramai yg beratur. dengan slumber aku potong que. Jahanam tak perangai? haha. OK tu je. Masa check in hostel, masa ni lah sayu terasa nak tinggalkan family. Maksud aku family nak tinggalkan aku kat bumi Makmur ni. Sedih bukan kepalang. Tapi kata dah bujang, Gua kental. Dapat roomate orang ganu! Ganu kita, lagu tu! tapi less than 2 months dia bla, pasal dapat tawaran medic kat Al-Azhar. Until now los cntc. Pasal aku tak brape nak close dgn dia. Dia rajin p masjid, kebetulan sebulan tu puasa, dia hari2 bukak pose kat masjid. siangnye kelas. mmg jarang jumpa. Kpd brader tu, kalau ko baca, semoga berjaya jadi dokter yg berjaya *ayat mende ni?* Ok rasenye ni jelah pengalaman pertama masuk Uni, yang sebenarnya entry ni nak ucap welcome pada STPm Candidates yg nak masuk uni sesi baru ni. Punyelah panjang mukadimah. keh3. takpelah. Kuatkan minda, jasmani dan rohani wahai junior. Semoga dipermudahkan urusan kemasukan ke Uni. That's all TQVM. Nighty night people :D Nah sekupang dua gambar buat geli-geli.. hehe
P/S: mungkin next entry abe boleh share pasal beza zaman sekolah dengan zaman uni kan? eksaited ke nak tau. ? kih3

Sunday, March 11, 2012

Kita-Kita Aje - Entri Cool

Salam 1 Malaysia. Hye, terkejut tak dengan entry tgah2 malam ni. terkejut kan :) .bukan apa, siang tadi azan zohor baru aku celik, tapi tu pasal aku tidur fasa kedua ;p .memang agak payah la nak tidur malam ni kan. And Surprisingly hari ni rasanya dah dua entry yg dah cuba aku ketengahkan kat blog ni. Seriously mase taip entry ni aku tak tau nak tulis apa. pikir sat. :0 ****4 minit selepas**** Okay, fikir-punya-fikir, rasanya pagi2 ni eloklah bincangkan isu manusia-manusia zaman sekarang. Bukan isu kemanusiaan kat Gaza mahupun Syria. Tapi lebih kepada isu perilaku manusia. Aku hidup kat muka bumi ni pun hampir 23 tahun, Alhamdulillah. dan aku masih rasa yg hidup ni singkat gila, ada sapa2 pernah mengeluh pasal dia masih hidup sampai sekarang? Aku rasa takda. Pasal memang sikap manusia tak pernah puas dan sentiasa nak mencuba sesuatu yang baru. Tak puas dengan apa yang ada dan juga perkara baru yang belum dia rasa. kalau dia betul nak mati aku rasa dia gila dan takde kekuatan iman. stop. Sekarang ni 2.40 a.m. Td time belek2 FB, aku fikir tentang apa aku telah-sedang-akan aku lakukan dalam hidup. Yes as human being, kita tak boleh nk predict apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi sebagai manusia jugak lah kita dikurniakan akal untuk plan hidup kita. ISN't it? Contohnya, impian aku suatu masa dulu nak jejak kaki kat Universiti tak kesah lah luar mahupun dalam negara, dan kini dah tercapai. maknanya satu misi aku dah berjaya. Dah masuk Uni ni misi nak dapat pointer best2, lepastu nak kerja best2. semua nak best2, branded2. tapi aku fikir itu duniawi, how about ukhrawi? ( . . . . . . . ) Maksud aku lebih kepada menjadi manusia yang makin baik. yes, aku pernah dengar kata-kata orang, ''sememangnya berubah itu mudah, namun untuk istiqamah dalam perubahan tu mungkin agak payah''. Aku cakap bukan pasal aku hebat, tapi pasal aku rasa aku perlu berubah menjadi lebih baik. tak payah harap perubahan ketara. Kalau sebelum ni kau kaki penerajang kucing tegar, dan esok ko bagi kucing sisa tulang ikan ko mkn tghari esok tu untuk dia alas perut, aku rasa tu dah cukup positif. Konsep entry ni senang je, taklah islamik sangat tapi berfaedah. cool kan?. lagi satu, ape yang aku perasan kudis dalam komuniti kita. Korang rajin tak dengar ayat ni '' kau pun tak betul, nak nasihatkan aku, cermin diri tu sikit''. atau atau atau Aku bagi contoh, orang yg sebelum ni pernah buat dosa/salah dpn mata kau. One day dia share sesuatu yg baik/islamik kat wall FB dia. Paling bangsat pun otak jahat kite dok racun dgn ayat2 kat atas ni kan? potong jarilah kalau tak pernah. Kita menghakimi seolah2 mereka tak berhak untuk menasihati. Tapi kita kene ingat sesiapa pun, sejahat manapun seseorang tu. dia berhak manasihati atau menegur orang lain asalkan perkara yang baik dan bermanfaat kepada diri dia mahupun org lain. Persoalannya berbalik pada diri sendiri jugak, apakah kita betul2 yakin kita jadi sorang manusia baik andai mata dah terpejam nanti? Tadi aku login FB, adalah satu foto yang aku rasa ''ufff rosak anak muda sekarang''. Wanita, arak di tangan, 4,5 orang lelaki. mencabar sungguh dunia hari ni. terfikir dalam hati, banyaknya cabaran nak mendidik seorang anak pada hari ini **wallahualam*
anak buah aku, 3 tahun.Hensemkan? :D

Saturday, March 10, 2012

Senyum jak!

Salam Sabtu everyone! *sambil kira readers pakai jari* Entry pendek je hari ni. Semalam jalan-jalan kat pasar malam. Sambil2 teman mmber g memancing kat benteng Kuantan, kebetulan ada pasar malam. kira mcm baazar lah untuk peniaga-peniaga kecik. Tengah jalan-jalan, lalu kat satu gerai jual yong taufu. Nampak sedap, tp memandangkan baru je lpas makan sblm dtng ke Benteng tu, terpaksa tangguhkan niat nak beli yong taufu marveles tu. Tengah2 khusyuk lalu gerai an-ti tu, an-ti tu pun menyapa '' yong taufu dik, fresh2 punya'' , aku tak cakap apa.. senyum je. Dan2 makcik tu pun cakap '' tak beli pun takpe dik, senyum pun jadilah'' . Rupanya mmber pun dengar makcik tu cakap mcm tu. So aku rasa ni baru kuasa senyum. tu baru senyum, kalau kau ketawa aku rasa makcik tu bagi free je semua stok2 yong taufu dia tu kat ko :) hehe. Motif entry untuk kali ni, senyum2 lah selalu. Kalau kau senyum, aku pasti ramai yg suka. Lagi untung kalau orang tu serta-merta nk jadikan kau bakal menantu.majlis kawen semua dia tanggung. tak ke rezeki tu? sekian untuk entry kali ni, kepada gadis2 cantik, rajin2 lah senyum. Lelaki2 macho pun, macho tak terhakis walau sedikit kalau ko senyum kat org2 keliling. tema entry tahun ni pendek2, bizi dengan PSM, projek,esaiment, biase lah super senior tahun 4, kene lah tunjuk rajin depan adik2. tak gitu? ;p

Thursday, March 1, 2012

Assalammualaikum, Ok entry ni takde pape pun sebenarnye, saje je lepak sini pasal rase nye dah berhabuk jugak lah blog ni aku tinggalkan. Takpe lah, kalau tulis banyak-banyak entry pun bukan nye ada yang nak baca. Tengok trafik pun macam sedih je. Just aku fikir 2 perkara je , samada 1. Entry tak menarik langsung. 2. Sikap pemalas nak update entry. Seriously takde ape nak tulis insyaAllah, coming soon boleh share ape2 yang best. For sure entry tu bermanfaat pade diri sendiri dan orang lain jugak. :D ***brrppp... menyesal kan baca entry ni ;P
****PEACE****