Saturday, January 22, 2011

gua org johor... kau???

salam 1 malaysia guys. hehe. lame rase gue x update new entry. tp entry kali ni agak menarik untuk di share. gue dapat entry ni from a group dari fesbuk yg semestinye group2 anak2 johor lah. pade warga2 Johor, mesti korang berdekah gile vavi sampi patah urat kentut (????) bile bace some facts inside. N those who bukan johorean, korang pon bole paham punye.. n u will get something from it.. mane r tau dapat bakal pasangan+mak&bapak mentua/sambung blaja/ PLKN and so on ke/dari johor, untung korang cz da ade ilmu di dada... x gitu ke cik kiah n pak kassim?? haha. Enjoy your reading k? haha..


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :


Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.


Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.


Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).


Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”


roti perata – roti canai

semangka -tembikai DAN LAGI 1 NI, PRONOUNCE KENE BETOL------> epok-epok

epok2 -karipap



Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi xperasan

sumber: Kawan KOta Tinggi Profile ~ ''sharing is caring ryte~

Friday, January 14, 2011

cantik, menarik,tertarik & da boom!!


Tetibe je aku rase nk tergelak bace tjok2artikel dalam pic ni... sure r x de sape yang nk kua kan brite2 pecah panggung cm ni... haha... memang x bole bla tgok si Akon pakai tanjak~ walaweh~~ kalah tuan punye badan yang bername kasim, so'ot ali, abu dan awang.... memang tros dapat warganegara malaysia dan gelaran Dato' Seri Akon pasni.... post ni sesaje untuk sesuka wat ilang tensen (walaopon assignment x de lagi) hehe... dan pade sesape yang nk ilangkan masalah kentot berbau, boleh la klik kat iklan di atas...hehe... =) tq pade new followers~~

Monday, January 10, 2011

tambahan extra :)

ni lagi koleksi2 tambahan.. memandangkan aku x de mende nak buat malam2 ni :)
gambar ni aku captured sesaje.... asek npak muke je kan ;p


mamat 3 org... tp ade bau dowh...*senyap2sudah*


paling suke aksi ni.. macam cover album syiott... =) *yeyek je*
lepaks2 msD city Square,JB
lain macam, jgn tengok lelame *bahye* ngeh3


gamba ni aku ambik.... komen :) model cakap superB


ni antare koleksi2 tambahan yang berjaye di upload...lepas ni mungkin x de dah...*entry lain plak*.....

*sekali lagik diingatkan, saye dan kami bukanlah pro-photographer... dan trang tang tang bukanlah model dari agensi cari jodoh *ok x lawaks* dan kami meng''captured gmbar ni mengikut suke hati sedare belah jiran kanan rumah kami je... senang cakap, jangn dibandingkan dengan gambar2dari photographer pro lain ok..'' sekian terime kaseh :)

Sunday, January 9, 2011

selagi kaki sepasang, selagi itu berjalan..




assalammualaikum w.b.t.
kabare? (pe kabar) dalam bahase jawa.. =) korang kne r jawap ''waras''... waras mkne nye sehat.. mmber2 yang blog walking sini mesti2 ar sehat... ak doa kan korang semue bertambah sehat r lepas jalan2 kat entry ni..mwehehe..

sebenonye da lame den x update entry. Ini baru timbul kesedaran nak tambah entry2 yang baru, fresh dan juicy *haha* bukan pe, td mase mandi2 teringat plak nk share pasal sem break.. jalan2 cari makan kat bandaraya JB dengan course mates org JB... nk kate gathering x jugak, tp saje2 nak wat xtvt yang berfaedah..*berfaedah ke?*

ok r x nk panjangkan kate2 konfer bosan... aku upload je ar antara gmbar2 perjalanan kami di bumi johor terchinta...


Vanue:Taman Bandar JB





Yang atas ni fara myra, simple pasal die: suke blanje tokayaki kat CS a.k.a makanan bergerak :) &kalau marah, die suke drive lelaju.. org2 dalam krete cume mampu berdoa jek :)



gmbo ni ntah hape2. ak x ready pasal control ade awek nga tgok ak ambik gmbo mase nie :P



kte dak2 ni aku dah x de modal lain nak posing...ak cakap ''ni posing aku cari makan!'' hhaha



ni die 2 penjenayah yg x reti bahase... org cakap jgn naik tangga, naik jugak ;D
aku & bart



gile kuat mamat ni...macam ''badang''..ann ann ann??? kalah mawi dalam crite magika *xpasal2*



macam2 ragam..ade y ready, dah ready n over ready....



mengenang nasib *nk ke singapore passport da tamat tempoh* hak3.....




oke, rasenye ni je r gmbar2 yang mampu di share.. byk lagi tp x pe lah biar menjadi koleksi peribadi *len macam jek bunyi*





***1 lagi, gmbo2 ni mmg gmbo2 bodo dari kiteorang.. we're not a pro-photographer.. mmg byk cacat dan cela... ni gmbar2 peribadi yang mmg tangkap muat je captured.. kompom ramai yang komen ''cm gmba kat paso malam''... just nk share jepp...bak kate omputeh ''sharing is caring'' *okbai*

watak2 dan pelakon extra:
  1. aku
  2. jeff
  3. bart
  4. myra shukor
  5. nafisah azman

Saturday, January 8, 2011

Fakta Menarik!!


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda sebuah bangunan 100 tingkat boleh didirikan hanya dengan menggunakan nasi? ya, pekerja-pekerja buruh binaan memerlukan nasi sekurang-kurangnya 2x sehari bagi memastikan mereka mendapat tenaga yang cukup untuk menghasilkan bangunan pencakar langit tersebut.

3. tahukah anda, Sebuah kereta mewah Roll Royce tidak mungkin dapat memotong kereta kancil keluaran 1993 sekiranya jalan yang dilalui kereta Rolle Royce mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk?


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya..

Salam 1 Malaysia....

whaoo... seriusly dah lame x hupdate blog ni..
berhabuk sudah!!
surprisingly, ade orang request aku soh update blog .. *terharu*
(xsangke ade jugak orang yang bace post aku) trime kasih daun keladi r...

ikotkan dah banyak sangat ketinggalan pasal isu2 semase.. sejak Hari Raye Haji aritu aku x update...sampai la baru2 ni, malaysia menang piala SUZUKI AFF..
X terlambat rasenye nak ucap TAHNIAH untuk Harimau-harimau malaya..eh,,salah2.. pasukan harimau malaya sekalian..
dengar crite banyak habuan... salute ar pade pemain2 kebangsaan...
bukan takat pemain je yang popular, awek, bini,skandal2 semue turut merasai bahang ke''glamour''an ...

memandangkan cuti semester.. blog aku pon nk gk bercuti..
haha.. x de r. sepanjang sem break mmg x de mood nk hupdate + idea x de..
alangkan kat UMP ni pon liat nk update blog, ape lagi kat umah kann...
byk xtvt nk dibuat...

papehal, aku akan update post lpas ni..
nk update biarlah mende yang ade pekdah+ menarik..
kalau nk cerite pasal '' siang td aku sakit perot'', wat porabih beras jek..
da r minyak naik, bawang melambung tinggi...
dah start merapu..
ok gua cau! salam