Sunday, March 25, 2012

R.I.P Little Angel- Dirang.

Assalammualaikum.macam biasa aku buat entry tengah-tengah malam buta. Mungkin pasal suasana tenang konon ilham senang nak masuk. Apepun semangat nak menaip entry semakin memuncak kebelakangan ni. Ok mata dah mula nk mengantuk, gua taip laju ni. Lately aku rasa bimbang tak tentu pasal sebab terlalu banyak kes bunuh, bakar. Tak selesai dengan kes Dato' Sosilawati yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dulu, baru-baru ni kes bunuh bakar yang melibatkan kanak-kanak. Cakap pasal kanak-kanak jangan cakap, sebelum ni pun dah banyak kes yang sama yang kebanyakannya masih tak selesai. Dalam erti kata lain, penjenayah tu masih tak tertangkap lagi sampai sekarang.

aku lebih nak menekan kan pasal kes bunuh kanak-kanak perempuan yang bernam DIRANG. Aku yakin satu Malaysia alert dengan berita kehilangan, pembunuhan yang berlaku pada kanak-kanak malang ni. perkara ni pun berlaku kat negeri Johor. Nak di ikutkan adik-adik, anak buah semua duduk kat Johor. Risau jugak bila keadaan luar rumah ni makin jadi tak selamat untuk kanak-kanak. Anggap je lah entry ni sebagai peringatan bersama.

dipendekkan lagi cerita. Minggu yg lepas ni kami atau warga course aku telah sama-sama berganding bahu dalam usaha menyuarakan suara kecil kami terhadap jenayah yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Hasil cetusan idea dari seorang pensyarah kami ( he's from GAZA)). jadi kami bersama-sama menjayakan kempen ini dengan harapan suara kecil kami ni berjaya didengari komuniti di malaysia ni. bak kata lecturer aku '' do somethig than nothing. at least kita cuba untuk tunjuk rasa hati kita, suara kita daripada terus meratap dan melihat tanpa melakukan apa-apa.''Ok, layan beberapa gambar. Gambar yang menunjukkan kami membantah sekeras-kerasnya terhadap jenayah terhadap kanak-kanak. Dan dikesempatan ini juga kami sebulat suara mendoakan agar adik Dirang ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman. Kepada keluarga, salam takziah dan kuatkan semangat dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dan kepada komuniti, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan awasi anak-anak anda.


kau orang boleh tengok semangat aku dalam menjayakan kempen ni dengan ekspresi muka yang.... sedih!. sememangnya lahir dari hati yang sugul time ni. Serius. Masa kawan aku berteater pendek, time lect aku bacakan doa, gua rasa sayu. seperti aku berada kat tempat keluarga mangsa. Al-Fatihah dan salam takziah.

No comments: