Saturday, February 6, 2016

Encik Terbang ke Jepun ( Visit Japan)

Assalammualaikum. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk abang muncul dalam blog ni lagi . Haha . Lama gila rasanya tak login blog ni. Sejak laptop abang rosak agaknya. Memang tak gemar langsung lah abang nak update blog guna mobile phone. . Entry kali ni sedikit perkongsian untuk penjelajahan Jepun baru-baru ni. Takde lah jelajah sangat, sambil2 abang menyelesaikan urusan kerja di Kyoto, adalah beberapa tempat yang abang sempat lawati. Bermula dengan penerbangan pergi menaiki perkhidmatan Singapore Airlines pada 18 Ogos 2015, jam 1.35pagi. Haah, tiket agak mahal sebab all included. Lantak lah, company yang bayar. huhu. Perjalanan berjalan dengan lancar dimana penerbangan selama hampir 7 jam tersebut di habiskan dengan aktiviti tidur lebih kurang 5 jam lah. 1 jam berbual dengan dengan Zaidi. Member kerja abang dan lagi 1 jam makan sambil layan movie. Kalau nak di ikutkan boleh je abang nak tidur sampai 7 jam tp pramugari tu dok kejut suruh sarapan pagi. Awal2 abang nak kasitau sebab utama lawatan ke Jepun ni adalah semata-mata atas urusan kerja. Jadi, untuk kaki travel yang tengah plan untuk membuat percutian bajet atau inginkan itinerary dari abang, Sini bukan tempat yang paling sesuai untuk di rujuk. haha. Tapi kalau sekadar rujukan untuk melihat permandangan dan gaya hidup masyarakat Jepun, bolehlah kiranya cuci mata anda di sini. mcm tuhhhh~ . Sampai di Kansai Int. Airport (KIX) dalam pukul 9 pagi. Sampai je sana, abang terus beli pocket wifi dekat airport. Pakai Kredit kad boss. Untuk 20 hari, harganya lebih kurang 18000yen. wow. Kalau convert MYR dgn currency 3.6 dalam MYR500 mcm tu la. Ingat2 lupa. Orang kaunter tu cakap, untuk pocket wifi ni ada limit. 500mb / 3 days! Kau rasa? Untuk 3 orang pakai. Lepas 3 hari dia cakap baru dia masukkan lagi 500mb for the next 3 days uses. Gitu katanya. Tapi sebenarnya sampai jek kat hotel, NAH! WIFI LAGI LAJU! Menyesal pulak rasa! . Dari Kansai ke Kyoto takde la permandangan menarik sebab kiri kanan bangunan-bangunan. Tapi Sepanjang perjalanan naik train dari Kyoto ke Osadano, Mata ni seakan terpukau melihat keindahan alam semulajadi di Jepun secara amnya. Boleh la usya-usya gambar di bawah. Ringkasnya, jepun ni kaya dengan aktiviti pertanian. Pertanian yang tersusun. Cantik boh. Dari Kyoto ke Osadano ni abang mmg tak boleh tidur. Rasa menyesal sangat kalau tidur time lalu kawasan-kawasan ni. Dan akhirnya sampai di osadano, masa untuk mula bekerja. Selama 2 minggu abang di sini, abang menginap di Royal-Hill Hotel and Spa. Sorang satu bilik. Heaven!!! . Hujung minggu abang dapat la jalan area Kyoto city. Banyak tempat-tempat menarik tp tak semua dapat cover dalam masa sehari. Perjalanan ke hulur ke hilir abang beli Kyoto city bus 1 day pass. Dapat la cover Kiyo-Mizu dera. Temple terkenal dekat sini. View sangat la menarik dan cantik. Tp kalau datang musiM luruh lagi cantik kot. Daun semua jadi warna merah kuning biru semua ada. haha. . ok dah lama tak taip panjang. dah penat dah. Tengok la gambar yang ada.
Dont worry, abang updatew gambar balik nanti...

No comments: