Wednesday, September 11, 2019

Encik Make a Career Change!

Assalammualaikum dan salam 11/09/2019. Nasib baik masih ingat password blog LOL. Setelah sekian lama tak mengarang, Tibalah malam yang sangat bertuah ini dapatlah saya dapat meluangkan sedikit masa mengadap komputer. Anyway, Posting ni lebih kepada nak test balik kemahiran menaip dan mengarang cerita yang dah pun bersawang.. atiberrr... Baiklah , sepanjang menghilang sejak post terakhir pada 12/06/2016, kini saya kembali dengan beberapa update terkini. ewah, dah macam buat comeback. Sesuatu perubahan yang agak besar juga sebenarnya berlaku dalam hidup saya sepanjang tempoh ini terutama dari segi kerjaya. Bagi Sesiapa yang mengikut rapat sama ada di media sosial mahupun kehidupan harian pasti tahu bagaimana perjalanan karier saya daripada seorang jurutera kepada seorang pramugara (cabin crew). Secara rasminya saya berehat (resign) dari jawatan jurutera pada december 2018. Keputusan yang agak berisiko untuk saya ambil ketika itu sebenarnya. ye lah, saya merupakan seorang graduan ijazah sarjana muda dan bertapak/ berpengalaman dalam industri ini lebih dari 5 tahun dan dalam masa sebulan saya mengambil keputusan untuk menukar kerjaya saya 360 darjah ya! gila ke tidak? tanpa sebarang perancangan yang teliti dan "plan B"!! Kerjaya sebagai pramugara sebenarnya bukan lah impian utama saya. Saya boleh katakan segalanya berlaku terlalu pantas. Namun Segalanya dipermudahkan dan mungkin sudah tertulis rezeki saya di sini. Sepertimana saya katakan di atas, kerjaya sebagai anak kapal bukanlah impian utama saya. Namun pernah juga telintas " bestnya jadi pramugara, sorong luggage kesana kemari je" sebab dulu saya pernah bekerja di area lapangan terbang. Setiap Hari akan pergi dan balik kerja melalui jalan airport. Dan ketika itu, saya akan berjogging setiap petang di hutan bandar berdekatan airport. Jadi, acapkali melihat kapal terbang takeoff dan landing. yang pastinya record untuk penuhkan ig story adalah wajib! kah! Pada december 2018 saya telah ditawarkan uituk mengikuti training cabin crew di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya tidak punya banyak masa untuk membuat persiapan. Segalanya dilakukan secara koboi dan sesi training pun Bermula selama dua bulan. Konarak ditandatangani! Rasanya setakat ini dahulu post buat waktu ni . Mungkin pada post post akan dating saya boleh kongsikan serba sedikit tentang pengalaman atau tips2 berkaitan dengan kehidupan seorang anak kapal. ahtiberrr. bukan apa, macam yang saya katakan di atas, kerjaya ini bukanlah kerjaya impian yang saya tanam sekian lama tapi percayalah kerjaya ini merupakan impian ribuan orang di luar sana. sekian dahulu untuk hari ini. Esok nak fly page! Selamat semuanya! wasalam

No comments: