Saturday, December 17, 2011

Punca-punca Gejala #BlogHambar

Assalammualaikum. pastinye ramai yang tertanya-tanya, ape mimpi aku buat entry harini. Bukan ke 2 hari lepas dah berentry?. Ape mimpi ni pubblish lebih 1 kali seminggu ;p tak de mende sebenarnya. Tangan dah lama rase tak menaip, kalau menaip pastinye bersepah typo dan lambat macam kura-kura. Ni nak asah balik bakat manaip laju.

Teruskan kepada isi-isi penting, sebenarnya tajuk hari ni lebih kepada survey '' kenapa blog Encik Ezam tak ramai follower? '' dan ''kenapa bilangan followers statik tak berubah?''. kemungkinan besar aku dapat identify beberapa sebab ar. Susah nak nampak naik walaupun seangka. dan sebelum tu, Adalah dengan segala hormatnya aku nak ucap trillion terima kasih kepada followers sedia ada mahupun readers yang mmbaca. OK baiklah, Aku nak kupas satu per satu sebab yang kemungkinan menjadi penyumbang utama kepada gejala ni #eh.

1. Aku berkeyakinan punca utama masalah ni ialah sebab aku jarang update ini blog atas alasan busy 24/7. Walhal masalah sebenar ialah tak de idea nak tulis dan tak de sebab nak menulis. Dan langkah mengatasinya ialah InshaAllah tahun depan 2012, saya akan pastikan kekerapan untuk menulis entry tu adalah tinggi. Tapi pada pendapat aku, kalau banyak sangat pubblish entry, tapi tak de kualiti, tak guna jugak ann? Mungkin kekerapan menulis entry dan tahap qualiti akan dipertimbangkan. :)

2. Ade orang cakap pemain twitter kebanyakannya terdiri dari para blogger, antara contohnye mase time mula-mula aku layan twitter dulu, ade orang tanya, ''blogger ke?'' pasal die cakap aku punye followers boleh tahan banyak mase tu. Tapi aku jawap, ''ye, aku blogger tapi tak setegar mana pun. blog bodoh-bodoh je''. Mula2 pelik jugak kenapa orang tanya macam tu, dan sekarang baru aku dapat jawapan. point nya kat sini, Biasanya Tweeps akan tweet tentang update blog die kat twitter. Tak kira la dalam usaha nak menaikkan trafik mahupun meningkatkan jumlah pengikut. tak kira update baru mahupun lama. Dan terbukti ianya berkesan. Sama jugak mcm di facebook, facebooker pon ade yang rajin share link blog/entry kat wall. Namun aku tak pernah berbuat demikian. Sebab ape? Aku pun tak berape pasti sebAb nya. Mungkin aku taknak campur aduk kan antara Twitter,FB, blog dan sebagainya. motif? aku pun tak tahu ape motif sebenar kejadian ;p pendapat anda wajarkah tindakan ni?

3 Aktivi blogwalking pon semakin kurang, adat berblog, rajin-rajin lah blogwalking kat mana-mana blog. Tak kisah blog sape saje. Tapi kadang2 aku terjah jugak blog-blog yang aku follow dan yg org lain share. tapi jarang untuk tinggalkan jejak kat chatbox. Chatbox merupakan satu-satunya cara nak kasi orang tahu kehadiran kita dan melawat balik blog kite, Kan? Mungkin lepas ni wajib tinggalkan jejak untuk pastikan bilangan trafik meningkat dari masa ke semasa ;p

4. Sememangnya aku bukanlah dilahirkan kreatif di dunia. Tapi kalau bab dilahirkan Hemsem tu aku setuju #Eh! (tibe2 lari topik). Gurau je, entry tanpa hiburan mcm sambal belacan tak de belacan. ye tak? ok, sambung.. kreatif dari segi menghias blog lip lap lip lap.. debooom!, gemerlapan, header gempak smue tu. Namun,personally pda aku, blog yang sempoi dan cool adalah blog yang paling simple di dunia. Tapi blog aku ni memang masih boleh diklasifikasikan sbg masih serabut dan harus di perkemaskan lagi. MUNGKIN. Untuk pengetahuan, header kat atas ni adelah percubaan pertama aku buat header. dan belum pernah bertukar dengan header yang lain. tadika betul tahap kualitinye kan?haha Komen anda?

5. Adekah disebabkan oleh penulisan aku yang huru hara dan bosan? anda yang layak menilai ;) sebarang cadangan dan komen silalah lemparkan di ruangan komen. Kalau komen nak suruh padam je blog ni, saya tak setuju sama sekali ;p

sincerely,

No comments: