Monday, January 21, 2013

Bye Bye Pahang

Assalammualaikum.
Ini akan jadi antara entry paling ringkas saya dalam dunia. Ini entri sedih sebenarnya, tapi harap2 anda2 semua tak tergelak bila membacanya.
Konon -konon nak cerita sedih pasal dah nak habis study sebenarnya. tapi ni bukan acah-acah, ini bebetul. Ambik mood sekejap.
Kisah sedih bermula *pasang lagu pelangi senja* hahahaha.
Its almost 3 and half years jugak mengabdikan diri kat pahang. ayat mengabdikan tu celaka jugak kedengaran. Pengabdian yang suka rela sebenarnya. Duduk pahang ni banyak kenangannya selain harmoni dan indah permai lagi makmur. *bukan @jiranpermai (rujuk tuider*). sekadar nak menyimpulkan beberapa point penting rumusan sepanjang 3 tahun sengah bergelar MAHASISWA universiti mlayasia pahang.
1. Ini merupakan tempat belajar yang paling jauh. Mula2 dapat terima kat Pahang rasa macam tak percaya. Bukan apa, bila kita orang Johor, memang terpikir Pahang tu sangat jauh. jadi, keputusan untuk menjadi sebahagian penduduk pahang selama 4 tahun bukan lah sesuatu yang mudah. Sampai satu masa, aku tak boleh tidur malam memikirkan pengorbanan ini. Namun akuterima tawaran ini, ya, dengan hati yang rela
2. Make friends - UMP lah tempat aku kembangkan otak yang sedia kecut ni untuk terima segala benda berkaitan pandangan, cara hidup, bahasa, dialek, budaya, ideologi, sikap,makanan,selera dan sebagainya. UMP yang menghubungkan aku dengan rakan-rakan dari pahang, terengganu, sabah, sarawak, kedah, melaka, KL, selangor, perak, n9. Dan faktanya, di kelas kami tiada pelajar yang berasal dari Penang, Perlis dan labuan. Ini sangat precious!
3. Hidup berdikari - sangat berdikari. basuh baju sendiri, cari makan sendiri, belajar sendiri, bangun tidur sendiri dan semuanya sendiri. jauh dari family. Berbekalkan pengalaman masa duduk asrama dulu. Takde hal lah.
4. Accident Motor- Ni first time dalam hidup eksiden. kena jahit 15 dekat siku belah kiri. kaki bengkak sampai lumpuh beberapa hari. Yes, pengalaman yang paling-paling-paling tak akan dilupakan dalam hidup. Kalau satu hari nanti, aku acah-acah lupa kat kawan2, guna point parut dekat siku kiri ini untuk menyedarkan aku dari lamunan panjang. okey? Kisah eksiden ini pun ada aku muatkan dalam entri blog. cari sendiri. lols
5. Lecturer, Assignment, Quiz,Test- Ini hanya term2 yang digunakan di institusi pengajian tinggi. time sekolah memang takde istilah ni. Kadang2 teringin pasal bunyi macam gempak.Pada aku, ni masanya kita berdepan dengan para maknusia berintelektual. Ahli akademik yang sememangnya serba berpengalaman dan serba tahu akan bidang masing2. Assignment, padahal mcm kerja rumah je konsep dia. Quiz, aku ingtkan mcm pop kuiz, rupanya latihan jek, Test macam biaselah exam penting juga selepas ranking final exam.
6. pahang- sebuah negeri paling besar kat semenanjung. semua tahu kan?. aku nak kasitahu sikit je yang aku tak habis explore lagi negeri ni. Janda baik ke, bukit ape ke aku memang tak pernah sampai lagi. okbai.
7.stress memang tak boleh lari. Lagi2 jenis manusia macam gua. buat kerja last minutes dengan harapan dapat full mark. projek bersepah pun still layan twitter/ fb. kadang2 fikir rosak jugak masa depan gua ni, tapi fikir2 balik budak2 lain pun buat benda yang sama. its normal kau budak kimia, komputer,awam, mekanikal, sains industri, elektrik dan sebagainya..jadi ianya normal, SILA SEMATKAN DALAM HATI! lol.
8. proses mengenali diri sendiri juga sebenarnya. Kita akan lebih bertanggungjawap dgn tugas yang diamanah, kita berusaha untuk capai sesuatu, kita akan berusaha tunjuk yang terbaik pd orang lain, persediaan diri untuk tempoh fasa2 yang akan datang. semuanya BELAJAR. Dan kalau kat sini korang belajar main CS, dota, PEES, itu belajar juga, tapi tak perlu dinyatakan disini, hahaha.
9. Takde yang lebih penting bila kita duduk jauh dengan family. paling penting kawan dengan matlamat as a undergraduate. Kalau kau tak belajar, kau keluar lepak2 dengan member2. Itu je kalau pusing2. kalau kau keluar dgn kawan2, pastinya kau tak kan belajar. seiring dan sekata gitu konsep dia. Jadi pada aku, belajar untuk masa depan yang cemerlang dan make friends untuk terus gemilang dan terbilang. Merepek je sebenarnya ni. LANTAK!
10. Jenuh nak cukupkan 10 points. ok lah last point, aku doakan yang terbaik buat rakan2 UMP. Honestly, aku sedih akan tinggalkan korang. 3tahun sengah wei!! nanti masing2 bawa diri, cari hala tuju hidup sendiri, kerjaya sendiri, kaya sendiri dan sebagainya. Doa yang baik2 mengiringi hangpa semua. Jadi pekerja yang baik, sentiasa belajar, tingkatkan taraf hidup, kejarlah gelaran dato', tan sri, kalau perempuan yang nak usya anak raja, datin sri dan sebagainya. good luck. doa yang baik2 untuk hangpa semua. Gua nak kemas2 barang nak balik selatan tanah air. ada masa, ada rezeki dekat mana2 berjumpalah lagi hendaknya. salam mesra, salam 1 malaysia. zzzzzz
ok ini saja entry saya buat kali ini. semoga terhibur. *RUJUK AYAT PERTAMA SAYA DALAM ENTRI INI* YA, entri pendek saya XD....

2 comments:

Ijann Hj. Marzuki said...

tak per la... sekarangkan dunia dah canggih. angkap phone je boleh jumpa kengkawan... bukan macam zaman aku blajar dulu. nak kata handphone, public phone pon susah nak jumpa...

apa pon, it's life. we finished one chapter, and we open another. study life may already finished to you, but you can always continue study if you want. kalau tak pon, kerja la... cari pengalaman hidup.

btw, slamat berLI kat Tampoi. nanti kalo aku rajin, aku jengah ko kat sana... hahaha... :)

Anonymous said...

heyho.hai! sesape yg komen kat sini ni.. saya lah @jiranpermai yang dimaksudkan.. kihkoh XD *promote* LOL