Saturday, January 5, 2013

Tentang Kita Semua ITMers!

Assalammualaikum.
Hi readers, Lama dah rasanya gua tak conteng apa-apa dekat blog ni. Namun pada awal pagi yang berbahagia ini, izinkan gua menulis seratus dua ratus kata. Entry ni panjang. Entry ni serba sikit review tentang secebis kisah suka-duka-manis-pahit-payau- mahupun kelat selama mana gua menghabiskan beberapa tahun hidup di tanah UMP.
Alhamdulillah setelah 3 tahun setengah berhempas pulas, ulang-alik, terkehel otak menghafal untuk quiz, exam, final, assignment, projek dan paling penting PSM. Pada masa yang sama gua dah berjaya habiskan kesemua 112 kredit hour dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur.
Kehidupan sebagai mahasiswa sebenarnya mengenai liku-liku hidup dimana kita mula belajar banyak benda seperti mengenal ragam manusia, berkongsi adat, bertukar-tukar ideologi, berkongsi ilmu bermanfaat, melagho, menggosip, berbincang mengenai awek mahupun pasangan hidup dan sebagainya. Ye lah, zaman awal remaja katanya. It such a beautiful stage of life. gitu lah! Ok, macam dah nak masuk babak sedih T__T
Ok dah nak start mengingat balik sejarah masa mula-mula menjejakkan kaki di UMP. Alhamdulillah pada 13 September 2009 bermulanya cabaran gua sebagai seorang mahasiswa sarjana muda. Mulanya gua tak pasti dengan tindakan yang gua buat. Gua kena korbankan 4 tahun gua di tempat orang. Sebenarnya bila mula-mula gua terima tawaran ni, hati jadi berbelah bahagi. Sangat banyak benda yang gua fikirkan. Sampaikan satu masa gua kena ambik satu masa yang sesuai untuk bagitau mak abah pasal tawaran ni. Entah kenapa, hati rasa berbelah bahagi. 4 tahun wooo. At last gua decide untuk terima tawaran ni. Gua jadikan titik permulaan untuk gua bina kerjaya dan jalan hidup gua, Alhamdulillah.
Alhamdulillah hampir 4 tahun mengabdikan diri pada buku-buku, dan segala macam ilmu yang bermanfaat, tanggal 3 Januari 2013, gua dengan jaya nya telah tamat menjawap paper terakhir gua as a mahasiswa. Siapa tak bangga? betul tak. Bila fikir2 balik, gua bukan dilahirkan dalam kalangan manusia2 cendekiawan. Kalau dilihat balik pada latar belakang pelajaran gua, gua bukan dalam golongan manusia yang straight A dalam apa jua peperiksaan. Mungkin atas izin Allah, Dia tunjukkan jalan dan peluang untuk gua sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.
Cakap pasal rakan-rakan UMP, 4 tahun beb kita sama-sama berkongsi hidup.Err.. maksud gua, kita share ilmu pengetahuan, persekitaran, pengalaman, dan banyak lagi. Kita tinggalkan keluarga dan orang tersayang demi cita-cita kita. it's awesome beb! Tak semua orang kuat macam kita untuk hadapi semua ni. So, dengan ini, gua doakan korang semua berjaya di masa2 mendatang.
Macam biasa, bila ada depan mata kadang-kadang kita terlepas pandang dan bila dah tak da depan mata baru sibuk nak mengenang. Ini normal. Dah hujung-hujung kehidupan sbg pelajar ni, satu per satu memori kadang-kadang muncul kat benak fikiran. Even sepahit mana suatu benda tu, kalau kita kenang, tak mustahil semua akan menjadi manis. Yang paling penting kita timba pengalaman dari perkara-perkara macam tu. Ye tak?
Ok memang syahdu, dikesempatan ini, gua dengan serendah-rendah hati, pada sesiapa sahaja classmates gua yang terjenguk blog ni ( sebab apa gua cakap terjenguk? sebab takkan sesekali gua link kan blog gua kat fb. haha. maluu) gua ingin menyusun 10 jari diatas segala khilaf dan salah yang telah gua lakukan. Terkutuk tu memang banyak, cakap belakang apatah lagi. Tapi ikhlasnya tak tersimpan kat dalam hati. Mohon engkau orang semua boleh memaafkan gua yang serba tidak sempurna ini. Wish u all the best. Kerja rajin-rajin, kalau yang nak sambung master, gua salute!!! pada yang nak kahwin, mohon share hari berbahagia korang tu. Kenangan indah tidak mungkin di lupakan.
Assalammualaikum :) Beberapa gambar kenangan. secebis je ni yang ada dalam hard disk gua :) dikesempatan ni reader yang lain bolehlah kaji sikit saiz gua dulu dan sekarang. beza sangat doh! Last but not least "MAJU GEMILANG! HIDUP UMP! LOLZ

No comments: