Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan

Assalammualaikum. Alhamdulillah dah masuk ramadhan ke empat harini, syukur. Dalam kita mengejar dan mempertingkatkan amalan pada bulan mulia ni, kadang kadang terfikir juga adakah ini ramadhan terakhir kita atau adakah kita boleh guarantee ramadhan kali ni boleh jadi yg lebih baik dari sebelum2nya. Wallahualam. Tiba2 gua terpikir, dalam kita berusaha dan cuba mendekatkan diri pada Allah, kadang2 kita terlupa untuk jaga hubungan baik sesama manusia. Gua nak tanya la, mustahil bukan kalau kita tak pernah bermasam muka atau bertelingkah sesama manusia? Lagi parah kalau tak bertegur dah berbulan malah bertahun. Tak kisah la berselisih paham atas sebab apa. Kadang sebab budi bicara, kadang tindakan atau sebagainya. Gua pun tak terkecuali, kadang kita rasa marah, kadang rasa ego tu pada tahap tinggi yang entah bila nak turun. Berdosa, itu gua tahu. Bukan lah tak pernah terlintas di hati nak ungkap perkataan maaf, tapi setakat di situ saja la. Ungkapan maaf dari hati. Tak terluah dekat mulut.Tinggi betul kuasa ego ni. Entri kali ni memang sebab nak luah perasaan je sebenarnya. Ekeke. Tp lebih kepada muhasabah diri. Yelettew. Tp secara jujurnya, gus bukan jenis marah org dlm jangka masa lama. Tp untuk memperbaiki hubungan tu gua fail sikit. Lagi2 kalau lawan kita tu kemain kerek. Tp dalam menghadapi bulan penuh mulia ini, gua akan berusaha lah, memperbaiki hubungan sesama manusia yg pernah gua calari walaupon gua tahu, kadang2 semua tu bukan silap gua. Jahaha. Takpe lah, muhasabah diri, perbaiki kehidupan dan belajar untuk jadi yang terbaik pada masa mendatang. In shaa Allah. Salam ramadhan al mubarak semua. Salam.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)