Sunday, March 13, 2011

Belasungkawa *inalillah*

Assalammualaikum.

Hari Ahad yang redup ini, saye dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Erfan Syafiq (cucu kepada jiran saya) ke Rahmatullah. Mohon jasa rakan sama-sama sedekahkan Al-Fatehah kepada Allahyarham, semoga ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Tepat pukul 2.45 petang, apabila saya melihat skrin telefon, terdapat 1 panggilan yang tidak dijawab dari jiran saya (asya). Saya memberinya mesej bertanya tentang tujuan dia menefon. Saya mendapat mesej ringkas dari beliau yang bertulis '' erfan dah tak de!'' *speechless*. Untuk pengetahuan rakan-rakan, Erfan ialah anak saudara asya yang berumur 14 tahun. Terlalu awal arwah meninggalkan dunia yang fana ini.

Sejurus itu, saya terus menghubungi Asya untuk mendapatkan kepastian. dari nada yang sebak, die hanya memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke hospital. Saya tidak bertanya sebarang soalan selain punca arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya menasihatinya agar bersabar menerima dugaan yang maha esa ini.

Saya terus menghubungi parents yang ketika itu berada di kampung, di Batu Pahat Johor. Ternyata parents saya juga masih tidak mengetahui tentang berita sedih ini. Bermakna saya merupakan antara individu terawal yang mengetahui tentang berita ini. Parents saya terus bergegas pulang ke Kota Tinggi.

oh ya, sebab kematian Allahyarham ialah lemas ketika berkelah di Batu Layar, Kota Tinggi Johor bersama keluarganya. Saya terus memikirkan tentang cuaca yang tidak menetu sejak akhir2 ini, tp jawapan yang paling tepat ialah ajal sudah sampai. Ya, ajal datang tanpa mengira tempat, waktu, mahupon umur.

Ibu baru sahaja menelefon, memberitahu bahawa mayat Arwah telah selamat sampai di rumahnya. Keluarga saya juga telah balik kesemuanya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

kepada Erfan - Abg Ejam minta maaf sebab tak dapat balik untuk ''jumpa'' dengan erfan untuk kali terakhir, tapi dari jauh abg ejam tidak henti2 sedekahkan Al-Fatehah kepada erfan kat sana. td abg ejam ade bace shout out terakhir erfan, erfan bukan main suka bila cuti sekolah datang lagi. Tapi erfan mengeluh pasal banyak homework yang nak disiapkan. Tp tak pe, erfan dah x payah buat semua homework tu, sekarang ni time untuk erfan rehat puas2 disisinya,. InsyaAllah, abg ejam doakan kesejahteraan erfan kat sana. sekali lagi, abg ejam minta maaf. erfan damai eh kat sane! ''

Akhir kata, kepada readers.. jagalah diri kamu semua baik-baik. Soal ajal memang kita tak boleh nak tangguh mahupun hidu, tp sebagai manusia, kite kene sentiasa beringat bahawa ajal itu pasti akan datang juga''

khas untuk erfan: selamat berehat disisi-Nya, abg ejam doakan erfan tergolong dalam golongan hamba-Nya yang beriman ye? Irfan kan anak abg jais &kak sal dan cucu cik salim &mak yam yang baik kan??! lepas ni mungkin abg ejam rindu ptg2 tgok fais main basikal, petang2 erfan datang rumah nak borak2 dengan ayu.. abg ejam akan rindu semua tu.

3 comments:

cemutechik said...

sedih nye. bnyak2 bersabar ye awk...

achik ezam said...

innalillahi wainnailaihi roji'un....

inshaallah rohnya selamat bersama org2 beriman.

kamu tu pon jaga diri elok2...
malang tidak berbau perfume maupon bangkai.

ingatlah orang2 tersayang.

mr. neezam said...

cemutechik - terima kasih :) semoga arwah erfan syafiq tenang di sana :) sama2 sedekah al-fatehah


achikezam: amin, semoga d tempatkan dalam golongan hambanya yang solleh. InsyaAllah lepas ni akan lebih berhati2 :) sama juga untuk anda & readers lainnya