Tuesday, March 29, 2011

entry Tidak berkaitan dengan seks

Salam readers sekalian? (bajet ramai je kan?) ehehe. Sebenarnye ambik masa 2 hari jugak nak pulihkan balik semangat sejak peristiwa entry yang dah taip panjang2 hilang dalam sekelip mate time ngah upload pic. Mmg macam haram keh! Yes, ni igauan ngeri dalam kehidupan aku sebagai blogger! Ahah..

Lupekan kisah lepas, hari ni aku tak berminat nak taip mende yang sama dengan entry yang hilang tu, kali ni nak cerite pasal real life kite seharian. Untuk pengetahuan aku taip ni dalam msoft word! Tak nak bananas fruit 2 times. Ok tros masuk introduction, Sebelum ni aku ade bace satu issue dalam satu blog brader terkenal ni. Pasal ‘’pasangan tak sepadan. Wat da fish is that?’’

Simple words mcm ni la, ko (brader) p jalan-jalan kat mall sorang-sorang, then mase kat lif, ko terserempak dengan 1 couple ni. Hati setan ko pon berkate. ‘’pergh, awek die memang tip-top, badan sedap, cute gile babeng, sekali tgok pakwe die mcm jembatan x siap’’… pernah x?

bagi yang perempuan pulak, korang hangout ngn kawan2 korang kat mall. situasi yang sama, dalam lif. ko nampak ade sorang mamat hemsem+ jambu jalan ngn awek die. sekali tgok awek die, so-so je marketnye. Mase tu korang dah mule besarkan mate kat member soh membe tatap puas2 couple tu sblm ang nak p ngumpat habis2 lepas kua lif nnti.. aceceh, senyum2 plak.. pernah lettew! kalau ang tahap baik pon, paling2 ko cakap dalam hati, ''beh baik mamat tu couple ngn aku, baru sepadan... ngn awek tu mmg SEMPADAN! ''

Paling jahat pon orang-orang cakap, ‘’awek cute/ mamat jambu tu kompom kene bomoh dengan pasangan jambatan masing2 tu’’ …. Perghhh… ayat kau! '' aceceh... senyum nampak?

Dalam kes ni korang sebenarnye tak boleh nak salahkan couple tersebut. Ye, memang betol lah kan, kat mate korang nampak memang tak sepadan, tp kat mate dorang? Korang tak tau, bak kate nenek moyang yang kite masih pegang sampai sekang, ‘’cinta itu buta’’.. ye dak? Should be angguk ok.

Meh sini aku nak explain sedikit demi sedikit. Dalam kes ni, korang penah dengar pasal ‘’ SEX APPEAL’’ or ‘’SEX ATTRACTION’’. Sape pernah angkat tgn! Kalau ko pernah tahu dan paham pasal mende alah ni, kompom dosa korang kurang sikit dari mereka-mereka yang tak tau.. ehe, pasal korang x kan salahkan couple tu. Korang akan cakap, ‘’dah jodoh kot’’ ..

Ok, let me explain about that sex appeal definition, bile aku search kat google, maksud nye berbunyi begini:

‘’Sexual attractiveness or sex appeal refers to an individual's ability to attract the sexual or erotic interest of another person. The attraction can be to the physical or other qualities or traits of a person, or to such qualities in the context in which they appear. The attraction may be to a person's looks or movements or to their voice or smell, besides other factors. The attraction may be enhanced by a person's adornments, clothing, perfume, hair style, and anything else which can attract the sexual interest of another person. It can also be influenced by individual genetic, psychological, or cultural factors, or to other, more amorphous qualities of the person. Sexual attraction is also a response to another person that depends on a combination of the person possessing the traits and also on the criteria of the person who is attracted.

-sumber: Wikipedia.

Haaa, panjang lebar kan maksud nye ? ok, sex appeal ni same konsep macam sex attraction. Aceceh, ni bukan nak cerite pasal sex lucah2 ye!… blog ni suci dalam debu lagi gitu. *stop*. How to start my explanation? Pikir sejenak….

Baiklah, aku cuba terangkan ikot situasi. Kasi senang korang nak berimaginasi. Situasi nye macam ni. Korang dok layan Akademi Al-Quran misalnye, then ade sorang peserta ni x de lah handsome sangat tapi sekali die bukak mulot bace Quran, korang ternganga sambit tadah air liur dalam besen. Pernah tak ko cakap, ‘’ aduhai tenangnya hati bile dengar suara qari ni bace Quran tu.’’ Nah, hati ko dah pun terpaut dengan suara qari/qariah tersebut. Dan korang akan sambung ‘’ Untung nye kalau dapat jadi suami!’’. Korang dah boleh nampak kan yang korang mula tertarik dengan die pasal suara dan bukannya fizikal semata.

Dalam situasi lain, ko (lelaki) dok jalan-jalan kat Bandar then terlanggar satu awek ni yang tergesa-gesa. Awek ni x de lah cute mane tp bile first korang Nampak die, korang macam dah terpaut. Bukan pasal fizikal tp pasal budi bahasa. Even korang yang salah, die seboleh-boleh mintak maaf kat korang. Lagi2 awek tu sopan santun, pakai tudung. Sebiji ar macam Lisa surihani versi pakai tudung.. ngehehe… amacam? Korang tertarik pasal budi bahasa die, bukan pasal kecantikan semata.

Perenggan ni aku nak cerite pasal pengalaman aku pulak, aih, macam mane nak cakap? Aku ni tak de lah market sangat kat sekolah dulu-dulu. So-so je lah.. yang ramai kirim salam kat aku semue budak2 tingkatan 1,2. Hua3…. Tak de lah, selingan je ni. Nak cerite yang aku pernah jatuh cinta sejak sekolah rendah lagi? Rupe-rupenye dari darjah 3 sex appeal ni dah menyerap dan menyelinap masuk dalam diri aku. Ehehe.. aku dah mula jatuh hati kat sorang awek ni. Cun? Wei, dajah 3 pakai tudung pon senget-benget lagi. Tuala hingus pon maseh kat tangan. Tp, ape yang buat aku minat kat die pasal ‘’rumah die dekat kat sekolah’’. Bodoh je dengar kan? . Ok meh sini aku explain lagi. Rumah awek ni agak dekat lah dengan sekolah, then die pegi sekolah pon jalan kaki je la. Hari2 aku g sekolah mak aku hantar. Then bile hari2 aku Nampak die jalan kaki, aku rase timbul bibit2 percintaan.. haha.. serius wei! Ini makna nya aku syok kat awek tu bukan pasal ape, tp pasal hari2 aku tatap muke die, hari2 die jalan kaki dan rumah die dekat dengan sekolah. Ade kene mengena ke? Ahaha.. macam2 *sambil geleng2 kepala*

Then bile sekolah menengah pulak, aku jatuh cinta kat sorang pengawas ni. Pasal ape? Pasal die pengawas dan selalu bercakap kat perhimpunan. Bile dengar suara die kat perhimpunan tu, aku jadi semangat nak berhimpun..haha. kadang2 skip jugak lepak dalam toilet. Dipendekkan cerite, member2 ade gak tye, kenape ko syok ngn awek tu? Bukan cute pon! Tp pade aku tu x penting, tp memang hati aku dah tertambak, nak buat caner kan. Ko mane paham!.

Haa.. macam tu lah antara contoh2 pengalaman bodoh2 aku pasal mende alah ni. Senang cakap Kalau kat kolej korang ade event muzik dalam kalangan students. Then malam tu ade sorang mamat selekeh ni perform, tp suara die tiptop + main gitar pon ade style. Esok siang kalau awek2 selisih sebelah mamat tu mesti ade yang cakap bisik2 ‘’ ni lah abang yang nyanyi semalam. So suweeeeettt!’’ Cuba kalau mamat tu x perfom malam tu, korang rase awek tu akan cakap mende macam ni x? tak kan? Haaa.. that’s it…get it?

3 comments:

Anonymous said...

testing.....

achik ezam said...

dalam erti kata lain perasaan sayang atau cinta tak semestinya disebabkan paras rupa yg menawan blink2...

tapi semuanya soal hati....kalau hati dah suka takleh nk cakap apa.

mcm model heidi klum dgn hasbennya seal..mcm bumi dengan langit but they are happilly togeder geder..

ehehehe...

mr. neezam said...

achik ezam: betol3... cantik ni subjektif. x semestinya paras rupa semata. Mmg luaran agak penting, tp yg dalaman lagi utama.. lagi baik kalau cantik luar, cantik dalam... sekian~ hehe