Monday, March 7, 2011

blogger Famous Eksiden!





KUANTAN, 6 march 2011 -Seorang blogger terkenal Tanah Air dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang meyebabkan beliau menerima sebanyak 13 jahitan di lengan kiri dan juga mengalami bengkak di bahagian kaki kiri. Menurut sumber, blogger tersebut berada dalam keadaan stabil dan ''stay cool''. How? boleh tak aku jadi pengulas berita?

For your information, those blogger ialah aku, kan aku pemes.. haha. Even tengah mengalami kesakitan tahap gaban sekarang ni, Aku terpaksa dok menulis entry ni. Bukan nak cakap ape, seriously aku tak habaq pun kat family aku lagi *bukan nk jadi anak derhaka, tp aku rase tak nak buat mereka risau. Plus,mmg salah aku :(. Kalau aku roger mak aku, konferm sekelip mate beliau dah sampai kat Pahang ni. Susah2 nnti bapak aku nak ambik cuti kan? dan dan dan korang antara yang bertuah pasal ak share berita ni at sini. keep it secret guyysss .. hehe..

Cerita nya bermula begini, seperti yang aku hebah2kan dalam laman sesawang twitter or fb sebelom ni, actually kami nak habiskan cuti hujung minggu ni dengan pendakian menuju ke air terjun Bekelah, Pahang. Tak de lah eksaited sangt, stay cool lagi. Kami konvoi 2 kereta dan 8 motorsikal. Perjalanan dimulakan pada pukul 10 pagi dan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi.

Mungkin bankgai anjing tepi jalan yang buat aku terkejot berok pada awal nya memberi petanda malang untuk aku.. *cewahh* haha.... ok, untuk sampi ke destinasi kami akan melalui kawasan jalan berbatu untuk sampai ke kaki gunung. Jalan berbatu tu penjadi penyebab utama kegagalan aku untuk mengimbangi motorsikal yang dibawa ala2 moto cross.. haha..

Tiba kat satu simpang, tibe2 aku jadi tak cool dan dapat mengagak yang kami akan terlibat dengan kemalangan. Ye, it's happened! situasi jatuh : aku tertimpa motor + mmber yang aku bonceng menidih aku.. it's nice kan? memang nice rase nye :) mula2 aku cool, masih boleh angkat moto n berpura2 cool supaya mmber lain yang follow di belakang tak perasan!

Astagfirullahalazim! aku tengok lengan kanan aku dah berlubang, kemungkinan untuk nampak tulang tu ade *pasal aku ni brat tulang*.... mmber2 lain macam dah dapat agak, benda ni mula jadi kelam kabut. Alhamdulillah, mmber aku ELEAS jadi bidan terjun mase tu, die gumpal daun hutan + minyak gamat dan masukkan dalam luka. Menurut sumber, gumpalan daun tu cukup2 masuk dalam luka tu. ciss, aku dah mule seram..

Our MPP, RIZAL cadang tak nak teruskan pendakian ni pasal kami. demnn, aku rasa bersalah pasal aku, diorang nak cancel. Aku cadangkan mereka proceed je, tp dieorang cakap '' pergi sama-sama, biarlah cancel pon sama-sama'' ok, ak terharu :''( . Lastly, dieorang decided nak bawak kami ke klinik kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan. Mase ni, TQ pada ATUL, TIQAH pasal jadi mascot kami... tq pada RIZAL jugak pasal sponser perjalanan kami menuju ke hospital.

dan paling penting, terima kasih HUZAIMA atas sponsor tuala hijau untuk membalut luka hamba.. hehe..Tuala tu yang buat aku tak rasa sakit *bodek*.. Then bila sampai di klinik kesihatan, pegawai perubatan tengok luka aku, '' awak kene jahit ni''... demnn, merah padam muke aku! it's my first experience nak jahit2 badan segala bagai! tp x pe, aku cool... blogger femes kenelah cool kan? hhaha.....

Pum pang pum pang, aku dan JEFF pon selesai diberikan rawatan. Aku dapat 13 jahitan SAHAJA , entah berape kali bius dan injection anti sawan katanya .. x de lah sakit sangat, tp sakit jugak... ayat ape ni? *

Lepas je aku dapat rawatan, mmber2 lain nak hantar aku balik hostel. Tp aku rasa aku masih cool, ak tetap nk juin pendakian kali ni. Ye, aku nak juin, tp kali ni POK LEH take over moto aku,, aku naik kreta HAZMI ! mascot kali ni ialah AINA dan HUZAIMA. dipendekkan cerita, kami sampai lah kat destinasi..

Dugaan bermula, kami daki gunung untuk beberapa kilometer untuk sampai ke puncak. Kaki dah mula bengkak sebab jatuh td, tp aku gagahi jugak untuk naik ke atas. Terima kasih SAUFI dan POKLEH pasal sudi pimpin dan bantu aku mendaki.. Bangga dapat kawan macam korang,. syukur...

At last, kami berjaya sampai ke puncak. Memang extreme journey! mule2 aku ok je. tp mmg x dapat terima kenyataan ar yang aku tak boleh nak mandi air terjun :( tp tak pe, x de rezeki. Yang penting hasrat member2 nak bersuka ria termakbul :) tu yang jadi kekuatan aku tu.

Lama kelamaan, bengkak kat kaki memang terase gile. Nak jejak kaki kat permukaan tanah pon bisa lain macam. aku x dapat nak imagine cmane aku nk facing all this things. Harap2 Allah dapat bg aku strength untuk selamat turun ke bawah.

At last, kami sampai di bawah (berkat bantuan member2 yang lain). Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Then bila sampai rumah, aku bantai tidur *even x nyenyak, bisa2 badan terasa... tp better daripada aku tidur kat atas batu mase kat waterfall td,, hihihi...

sampai je rumah, KUWE datang melawat, pasal die x join ekspidisi ni,die dengar berita dari AFIZIE , rumate die. Lepas je maghrib, ELEAS datang rumah bawak minyak panas + bubur nasi. Kali ni memang terharu gile. Papepon, aku nak mintak sorry bebanyak pade JEFF atas kecelakaan yang x di duga ini. Even ko x teruk mane pon, tp aku tau ko trauma... tp papehal nasib baik aku yang teruk, lau ko yang kene teruk, x tau cmane aku nak salahkan diri aku ni... peace :)

TQ pada Teamwork yang sangat2 aku kagumi, kamu orang memang terbaik jo... walaupon x mention pade entri ni tapi jasamu tetap dalam anganku.. heheheh....
- xidan7, big bro, hafizi, aidie nazimiey, aini, ziera skynniey, bart, kumpit, dan yang lainnya :)

10 comments:

Anonymous said...

get well soon~
take care friend...hope everything gonna be ok soon...

Encik Ezam said...

Thanks nad :)
dah ok cume x larat lagi nk ke kelas.. ;)

Anonymous said...

take cre..smuge cpt sembuh...^_^

skyNNiEy said...

sifu twitter ! stay cool yaww ^_-v
get well soon :D memori uhh. tehee ^_*

Anonymous said...

kita jatuh berduet kan encik ezam..so sweet,.haha...-jeff

Anonymous said...

xper~ juz take a rest bile dh betol2 bau g kelas...jgn paksa diri nnt makin terok lak...

*same goes to jeff~

Anonymous said...

get well s00n jo! huhu

achik ezam said...

tu dia gegeh dh sakit2 pon nak naek bukit gak...tsk tsk tsk...degil!!!!tulah sebuk nau bertwitter sampai pagi.

eh terbebel plaks.

ehehehe

better pegi berurut kampong lepas nie kot masuk angin ke apa2 ke.

take care n jaga kesehatan elok2.

Encik Ezam said...

anonymous : Thanks for all da wishes guys.. haha.. da semakin pulih :)Alhamdulillah
nad : mekasih :) esok insyaAllah nk gerak ke kelas :)
ziera: ye ye, aku mmg sentiase cool jo!
achik ezam: x de hal.. semuanye masih dalam keadaan terkawal.. hehe.. gagah dan gegeh sket!

Anonymous said...

kahkahkahkah. sedap nye anomnomnom kena jahit! aumm! "pergi sama sama, biarlah cancel pon sama sama " paling win! kbai