Thursday, March 10, 2011

Rumah suram yang seram!!!

Salam rerakan sekalian. Lame rasenye tak buat entry baru.. Pasti ramai yang tertunggu tunggu apakah entry terbaru Encik Ezam lepas ni kan +ade rase nak termuntah tak bace?+ hehe. Gurau je. Ye laH, ape salah nye bergurau senda ngn readers sambil pekena Nescafe secawan '' dengan ramuan biji kopi arabica'' heheh.

ok, straight to da point, entry kali ni hanya di kopi paste dari sebuah blog yang agak popular jugak :) +kipas+ credit to ''blog bebas| Henry Zackery''. Ok lah korang layan lah cerite yang boleh tahan seram ni malam keliwon ni.. hehe.. semoga terhibur, pada kawan2 yang dah pernah bace, bace lah lagi.. hehe. Pelajar/ bakal pelajar UITM Shah Alam plz take note! :)
-

+starting copy :)+
9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.




Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.


Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak.



Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

Monday, March 7, 2011

blogger Famous Eksiden!





KUANTAN, 6 march 2011 -Seorang blogger terkenal Tanah Air dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang meyebabkan beliau menerima sebanyak 13 jahitan di lengan kiri dan juga mengalami bengkak di bahagian kaki kiri. Menurut sumber, blogger tersebut berada dalam keadaan stabil dan ''stay cool''. How? boleh tak aku jadi pengulas berita?

For your information, those blogger ialah aku, kan aku pemes.. haha. Even tengah mengalami kesakitan tahap gaban sekarang ni, Aku terpaksa dok menulis entry ni. Bukan nak cakap ape, seriously aku tak habaq pun kat family aku lagi *bukan nk jadi anak derhaka, tp aku rase tak nak buat mereka risau. Plus,mmg salah aku :(. Kalau aku roger mak aku, konferm sekelip mate beliau dah sampai kat Pahang ni. Susah2 nnti bapak aku nak ambik cuti kan? dan dan dan korang antara yang bertuah pasal ak share berita ni at sini. keep it secret guyysss .. hehe..

Cerita nya bermula begini, seperti yang aku hebah2kan dalam laman sesawang twitter or fb sebelom ni, actually kami nak habiskan cuti hujung minggu ni dengan pendakian menuju ke air terjun Bekelah, Pahang. Tak de lah eksaited sangt, stay cool lagi. Kami konvoi 2 kereta dan 8 motorsikal. Perjalanan dimulakan pada pukul 10 pagi dan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi.

Mungkin bankgai anjing tepi jalan yang buat aku terkejot berok pada awal nya memberi petanda malang untuk aku.. *cewahh* haha.... ok, untuk sampi ke destinasi kami akan melalui kawasan jalan berbatu untuk sampai ke kaki gunung. Jalan berbatu tu penjadi penyebab utama kegagalan aku untuk mengimbangi motorsikal yang dibawa ala2 moto cross.. haha..

Tiba kat satu simpang, tibe2 aku jadi tak cool dan dapat mengagak yang kami akan terlibat dengan kemalangan. Ye, it's happened! situasi jatuh : aku tertimpa motor + mmber yang aku bonceng menidih aku.. it's nice kan? memang nice rase nye :) mula2 aku cool, masih boleh angkat moto n berpura2 cool supaya mmber lain yang follow di belakang tak perasan!

Astagfirullahalazim! aku tengok lengan kanan aku dah berlubang, kemungkinan untuk nampak tulang tu ade *pasal aku ni brat tulang*.... mmber2 lain macam dah dapat agak, benda ni mula jadi kelam kabut. Alhamdulillah, mmber aku ELEAS jadi bidan terjun mase tu, die gumpal daun hutan + minyak gamat dan masukkan dalam luka. Menurut sumber, gumpalan daun tu cukup2 masuk dalam luka tu. ciss, aku dah mule seram..

Our MPP, RIZAL cadang tak nak teruskan pendakian ni pasal kami. demnn, aku rasa bersalah pasal aku, diorang nak cancel. Aku cadangkan mereka proceed je, tp dieorang cakap '' pergi sama-sama, biarlah cancel pon sama-sama'' ok, ak terharu :''( . Lastly, dieorang decided nak bawak kami ke klinik kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan. Mase ni, TQ pada ATUL, TIQAH pasal jadi mascot kami... tq pada RIZAL jugak pasal sponser perjalanan kami menuju ke hospital.

dan paling penting, terima kasih HUZAIMA atas sponsor tuala hijau untuk membalut luka hamba.. hehe..Tuala tu yang buat aku tak rasa sakit *bodek*.. Then bila sampai di klinik kesihatan, pegawai perubatan tengok luka aku, '' awak kene jahit ni''... demnn, merah padam muke aku! it's my first experience nak jahit2 badan segala bagai! tp x pe, aku cool... blogger femes kenelah cool kan? hhaha.....

Pum pang pum pang, aku dan JEFF pon selesai diberikan rawatan. Aku dapat 13 jahitan SAHAJA , entah berape kali bius dan injection anti sawan katanya .. x de lah sakit sangat, tp sakit jugak... ayat ape ni? *

Lepas je aku dapat rawatan, mmber2 lain nak hantar aku balik hostel. Tp aku rasa aku masih cool, ak tetap nk juin pendakian kali ni. Ye, aku nak juin, tp kali ni POK LEH take over moto aku,, aku naik kreta HAZMI ! mascot kali ni ialah AINA dan HUZAIMA. dipendekkan cerita, kami sampai lah kat destinasi..

Dugaan bermula, kami daki gunung untuk beberapa kilometer untuk sampai ke puncak. Kaki dah mula bengkak sebab jatuh td, tp aku gagahi jugak untuk naik ke atas. Terima kasih SAUFI dan POKLEH pasal sudi pimpin dan bantu aku mendaki.. Bangga dapat kawan macam korang,. syukur...

At last, kami berjaya sampai ke puncak. Memang extreme journey! mule2 aku ok je. tp mmg x dapat terima kenyataan ar yang aku tak boleh nak mandi air terjun :( tp tak pe, x de rezeki. Yang penting hasrat member2 nak bersuka ria termakbul :) tu yang jadi kekuatan aku tu.

Lama kelamaan, bengkak kat kaki memang terase gile. Nak jejak kaki kat permukaan tanah pon bisa lain macam. aku x dapat nak imagine cmane aku nk facing all this things. Harap2 Allah dapat bg aku strength untuk selamat turun ke bawah.

At last, kami sampai di bawah (berkat bantuan member2 yang lain). Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Then bila sampai rumah, aku bantai tidur *even x nyenyak, bisa2 badan terasa... tp better daripada aku tidur kat atas batu mase kat waterfall td,, hihihi...

sampai je rumah, KUWE datang melawat, pasal die x join ekspidisi ni,die dengar berita dari AFIZIE , rumate die. Lepas je maghrib, ELEAS datang rumah bawak minyak panas + bubur nasi. Kali ni memang terharu gile. Papepon, aku nak mintak sorry bebanyak pade JEFF atas kecelakaan yang x di duga ini. Even ko x teruk mane pon, tp aku tau ko trauma... tp papehal nasib baik aku yang teruk, lau ko yang kene teruk, x tau cmane aku nak salahkan diri aku ni... peace :)

TQ pada Teamwork yang sangat2 aku kagumi, kamu orang memang terbaik jo... walaupon x mention pade entri ni tapi jasamu tetap dalam anganku.. heheheh....
- xidan7, big bro, hafizi, aidie nazimiey, aini, ziera skynniey, bart, kumpit, dan yang lainnya :)

Saturday, March 5, 2011

Hati Lelaki Siapa Yang Tahu :)

Salam. Wahai blogger dan readers sekalian! Apa Khabar? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. ** aku rase memang tak brape nk sesuai bile aku menulis dengan cara educated dan formal ni.. tp at least aku dah cube*

Ok, secara jujur dan saksama, aku tertarik dengan satu entry dari saudara xidan7 di dalam blog nye! Pasal hati dan perasaan lelaki: chewahh.... ye r, kalau tgok previous entries or writing, orang *pum pang pum pang* crite pasal hati kaum hawa. Memang lah, kaum hawa ni hati nye lembut, cepat terguris dan juga sensitif, x di nafikan... tp lelaki pon ade hati ape bha! kan kan kan???

Ok aku kopi susu ar dari blog mmber sekelas aku ni ye :)

Banyak kaum perempuan akan menangis saat tersakiti hatinya oleh kaum lelaki. Memang kaum perempuan bisa menangis selama berjam-jam, atau bahkan berhari-hari saat hatinya benar-benar terluka. Tapi dalam waktu singkat, kesedihan akan sirna tanpa disadari dan keceriaan kembali hadir.

Bagaimanakah dengan kaum lelaki? Saat hatinya terluka, mungkin tidak ada air mata yang menitis. Memang banyak lelaki yang seakan tidak memiliki kesedihan sedikitpun. Tetapi yang terlihat hanyalah kebencian dan kekecewaan karena disakiti.

Benarkah kaum lelaki tidak sedih? Sebenarnya jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, ada kesedihan yang terpendam. Meski waktu telah lama berlalu dan segala hal telah berubah, tapi kesedihan itu masih melekat dan muncul dalam ingatannya secara tiba-tiba.

Saat kaum lelaki sudah memiliki pasangan baru, tanpa diduga, dia akan terkenang pada kenangan dimana dia pernah berjalan dengan BEKAS PASANGANnya.

Ia akan mengingat bahwa perempuan itu pernah mengisi hari-harinya yang indah dan Ia begitu mencintainya. Saat itulah lelaki akan mengalami kesedihan yang begitu dalam. Tentu saja, hal ini tidak akan terjadi sekali, tapi berulangkali. Sehingga dapat dibayangkan betapa tersiksanya perasaan seorang lelaki. (komen aku :fakta)

Dalam sekejap perasaan lelaki menjadi down. Lelaki seakan menjadi begitu lemah dan rapuh. Tapi uniknya, ia berusaha menutupi dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaannya sendiri. Sehingga, tak ada seorang pun yang merasakan, kecuali hatinya sendiri yang teriris. (ini juga fact!)

Hati yang terluka akan selalu dipendam dalam diri seorang lelaki, hingga ia benar-benar bisa menghilangkan luka tersebut dari dirinya. Life's must go on, right guys?

KOMEN: ye, benar dan betul. Life must go on... aku pernah dengar ayat ni "tuhan pertemu kan kita dengan orang yang salah agar kite boleh jadi penilai yang baik'' . that's mean ''Engkau tak cukup baik untuk aku'' .. okbai!!! *peace no war babe!


Tuesday, March 1, 2011

wajib tonton bukan di tonton.com.my

Salam. whao! Dah lame jo rasenye tak menghupdate entry-entry yang baharu kat blog ni. ....hehe...
Sememangnye tak ade idea yang mahu ditulis (ayat BM ting 6 sangat) lately.
Pada aku, aku menulis kalau memang betul-betul ade semangat nak menulis, entry tu menarik untuk ditulis dan mase tu btol2 free untuk menconteng.
Then kepale tak serabut nak pikir esaiment, test, projek, e.t.c.
Kadang-kadang teringin gk nak tulis sikit2 pasal diri sirik, hahaha
tp rasenye useless dan mengade-ngade.. hahaha....
bukannye ade reader yang sudi nak baca, so beh baik aku tunggu bende-benda yang semua orang tahu and paham,
then, tak payah susah-susah aku nak explain detail sampai lebam and putus tulang gusi kan?
*ok, supposedly ini ialah introduction, tp tersasar jauh dari landasan *stop*

Semalam aku dok usya-usya Youtube. Lame rase x usya sini,
biase r student.. kerja menggunung, *tp last minit gk buatnye.
Berbalik pade Youtube, aku usya-usya lah trailer-trailer Filem2 yang nak kelua tahun ni,
nnti2, kalau nk ke panggung, x de r tersalah pilih crite..
+Previous xperience madang tengok crite x best je kat panggung+
*buang duit*

Tak nak crite lelebih, aku nak fokus pade filem tempatan.
Ceh, ramai out dari page ni bile dengar pasal filem tempatan..
Aku gile eksited r, stakat ni aku da usya 2 filem yang wajip tonton tahun ni
*sememang nye x boleh tgok kat tonton.com.my*
calon2nye ialah:



1. Hikayat Merong Mahawangsa




First film: Hikayat Merong Mahawangsa.
kalau dengar nama macam crite purbakala kan?
tp sebenarnye memang cerite purba..
Name pon dah Hikayat. x de nye kisah pasal berebut saham 10% syarikat,
Bukan jugak kisah 2 darjat , antara mat rempit & anak org kekaye
** Tp setahu aku, selama aku blaja Kesusasteraan Melayu time sekolah menengah dulu,
x de plak ak blaja pasal hikayat ni.
*stop mengarut*
OK aku nak share, aku rase nak menangis bile tengok trailer filem ni jo!.
Bukan pasal drama air mata.
pasal ''Mantap''.. 110% action ar..
Dalam trailer xde pulak crite pasal cintan-cintun,
Fokus pada peperangan. ade latar blakang China, Europe dan juga Tanah Melayu.
Antara pelakon yaNG aku knl, umi Aida
Heronye kalau x silap hero PGL
yang cm masalleh muke nye,
kalau salah sila betolkan!
*buah cempedak d luar pagar* tetibe~
OK, Yang gempak Trailer nye...
X tau jalan cerite nye.
harap2 crite pon bagus..
Terbaik r KRU buat filem,
suspek springgg! eh, respect!
Patot mmber2 dok bising pasal cerite ni,
tp memang mantap.
Crite ni release minggu depan, hari khamis (10/3/2011)
Aku nk kerah member2 aku serbu panggung next week
Kite haruk tengok terung, eh..
merung mahawangsa...
ade scene salji, kapal perang, potong kepale, darah memancut dll...
hehe...
-Tammat_


2 Nur Kasih The Movie



Align Center


Cerite kedua ni pun menarik jugak,
tp aku tak letak trailer crite ni ar. ak letak OST NKTM.
special nye, OST ni dinyanyikan sendiri oleh plakon utama cerita ni
Tiz Zaqyah (feat Yassin)
Dlu memang layan Drama Nur Kasih ni,
aku terlayan pasal kat sharing ump ade update drama ni
Ape guna kalau dah download 1 siri tp x di tengok kan? haha
''Dlu pernah pikir nak dapat bini mcm NUr''
sejuk mata memandang hahaha...
lakonan je tu, x payah nak emo sangt
crite ni kalau tgok Trailer macam sedih,
memang sedih kot. Tp ade jugak babak2 cemas dll
kretapi or jip meletop, tembak-tembak dll
Paling penting, suara Tiz ni sweet lah.. hehe
umpppphhh...... ^^,''

Monday, February 21, 2011

Bila Si Buta IT menulis ...

Assalammualaikum dan salam se-Malaysia.
Dah beberape hari ni memang aku sebok dengan segale assignment.
Blog pon just view cmtu jek tanpa log in n bukak dashboard.
Sebenarnye bukan kuantiti assignment tu yang harus dipersalahkan ,
Tp salah kan attitude manusia yang jenis last minute person macam aku ni. :)
Sumpah aku suffer semalam. Lost, Blur, ptus asa, marah ..smue lah ade!
Memandangkan semalam aku siapkan 2 assignments dalam mase setengah hari
Cis.. so arini aku decide x nak study langsung..
Berpegang pade pegangan ni,
Aku merayap kat blog2 org lain especially untuk balas budi viewers2 yang mai singgah blog kapok aku ni :)
Korang mmg sempoi lah bro!
Merayap punye merayap, aku baru pasan and ade yang da lame pasan *tp wat2 x tau* sebenar nye banyak benda pasal blog ni aku x tau.
Even benda basic or simple gile babi!

Antara nye ialah
- Korang jangan ketawe pecah panggung bile aku kasi tahu tentang benda ni: Setelah almost 6 bulan aku start buat blog ni, semalam (20/2/2011) aku baru tau cara2 nak ubah templates. Sumpah, mmg bute IT kan? Credit pade rumate aku pasal die bagi tunjuk ajar. Haha. B4 ni ade jugak usya2 tutorial, tp da mmg jenis otak lambat pikap, tu yang x berjaye tu :)

-2nd, Aku tak tau cmane nk masuk kan link dalam setiap entry. Contoh nya macam ni:
sila follow saya di twitter ataupon macam ni add saye di FB. pergh, x ke basic semue manatang ni? haaa.. Ni jugak aku baru tahu semalam time bukak 1 tutorial ni :)

-Memang dilahirkan tak kreatif, kalau tgok blog aku memang kosong. kosong pasal ape?? haaa, tu yang kite tak tau tu .. kalau korang perasan aku nye blog tak de banner. btol ann name nye banner? kire macam ''kepala blog'' ar. kesian bukan? sumpah aku tak reti nk buat banner. tp mmber cakap pakai photoscape. Sampai skang ni aku x try2 lagi. kesiann.. memang kesian...!

-Kadang2 teringin nak letak twitter box macam kat blog2 orang lain. kire macam Tweet update ar. Susah aku nak explain, tp pade kaki2 twitter, korang mesti tau kan. . Share ar kat ak cmane nk pasang box tu kat blog :/ pasal skang ni aku memang bercite2 nk jadi #tahitwitter separuh masa (part tyme).. haha. *merayu*

-Lagi2, Nuffnang ni . Ape cer ar? haaha. Orang Sgn Up Nuffnang, aku pon nk jugak tp tiap kali aku bukak akaun Nuffnang, Hampeh doe RM0.00. Mmg x de bakat kot nak dapat side income dari dunia maya ni. *sedih* tp ho ho ho.. akaun Churp2 aku ade RM0.40. Ni pon da syukur. Kalau nk kelim kne ckop RM100. Taun gajah kot baru ak dapat cari lagi RM99.60 tu. haha. *ok la pusaka untuk cucu-cucu*.

-Ni tambahan ar, aku memang x reti nak masuk kontes2 dari Blogger2 lain ni. Bukan pe, cm susah je kan nak follow instructions, so better aku x payah join benda alah ni semue. Nanti kalau aku da ekspert, mungkin semue kontes aku juin *tak termasuk kontes ''shawl paling colourful'', ''cara lilit shawl sampai terjerut leher'' dan ''make-up 42 inci LCD''*dsb.....



Setakat ni, ni je la kot. ade mase aku update tmbahan2 nye
Tibe2....... *kring2* dapat call dari mmber, die cakap '' esok ade Test Statistic!''

Okbai! *cari previous lecture Slides*

Saturday, February 19, 2011

org2 tue cakap!

simple entry.

kate orang '' mencintai tidak bermakna memiliki''

200% akui rase betol, kadang2 bercinta macam nak nk rak, mcm nk gile,kekonon redah lautan api,panjat gunung everest. makan taun bro...

at the last, putus,clash, kalau masing2 yang decide nk putus tak pe.

tp kalau sebelah pihak je yang buat taik (bukan #tahitwitter yepp)

mmg kesialan lah tu kan!

aku pernah rase benda ni, tp dah org x nk buat ape terhegeh2

dalam hidop ni, kite kena pikir ade orang yang lebih menderita dari kite.

x payah nak pikir sangt.

baru 2 tahun, bukan 20 tahun.

ade member 4,5,6 tahun. steady jek!

betol? betol kan?

ok bai!

Friday, February 18, 2011

Peringatan Bersama....

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.


Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.


Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.


Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.


Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.


Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.


-just copied from FB : ''Bomba Selangor''