Wednesday, October 19, 2011

Muka Buku VS Burung Biru



Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ape khabar agaknye readers yang dah lame tunggu entry2 terbaru dari encik ezam erk? *ayat koya bloger femes* haha.. harap-harap semua orang berade dalam keadaan sihat-sihat belaka. 1st of all, nak ucap banyak2 mintak mahap pade blog ni pasal dah lame tak hupdate. Bizi sikit sekarang ni. Tambahan plak, tak de idea nak menulis ape. Kalau buat entry yang tak menarik, tak bermanfaat jugak kan.. tak gitu?

Berbalik pada tajuk entry kali ni ''kenapa kita perlu beralih ke Twitter?''. Eh, ni bukan mendidik readers yang takde twitter untuk ''curang'' dgn Facebook, tapi nak share benda baru yang lebih ohsem *awesome* daripada FB.. hehe.. Tapi diharapkan kalau dah addict kat Twitter, janganlah anda-anda semua ni tros deactived FB account ye.. Memasing ade kelebihan dan kekurangan tersendiri .. #err , *notte* masing2 tu merujuk pade Twitter dan Facebook lah eh..

Cakap pasal Twitter ni, ade beberapa terms yang korang kene paham. Sebenarnye komuniti Twitter ni tergolong dalam masyarakat yg dinamakan #Twitterjaya. Korang punye username di kenali sbg tweet handle, korang adelah tweep, dan gambar korang tu dikenali sebagai avatar. clear? Mostly komuniti ni adalah daripada mereka-mereka yang tak kenal antara satu sama lain. Ade tu tak pernah jumpe, tapi tweet kemain mcm dah kenal 10 Tahun. serius! bertapa rapatnye mereka.

Berbicara terus pada tajuk yang akan dikupas iaitu ''ape ohsemnye Twitter ni? ''

1st - kebanyakan dan biasenye tweeps terdiri daripada blogger. Tapi bukanlah nak cakap org yang tak de blog ni haram untuk bertwitter, tapi dalam konteks nak mempromosikan blog, Twitter adelah salah satu medium terbaik dimana korang boleh tweet pasal entry and link blog korang tu. Kebiasaannya followers akan klik link tersebut untuk membaca penulisan korang atau dalam erti kata lain, untuk mengenali korang dengan lebih dekat. Macam yang kite tau, Twitter ni mempunyai ruang yang sangt terhad dimana 1 tweet hanya dihadkan kepada 140 aksara sahaja *aksara eh?*, kire mcm huruf ar. *Nak buat term mantap sikit pon confuse =..='' , so kalau followers kite nak kenal kite dgn lebih rapat biase dorang akan bace blog kite untuk kenal dengan diri kite dgn lebih rapat. Korang pernah dengar tak bahawasanya penulisan seseorang tu melambangkan peribadi mereka.. kalau ohsem penulisan, memang ko akan dibayangkan sebagai manusia paling ohsem idaman gadis2 dan brader2 kat luar sane. ok stop mengarut. Dan kalau korang jenis yang nak dapatkan side income ke, contoh mcm promosi iklan melalui churp-churp. Korang share je kat Twitter, dapat unic klik, masuk lah duet tu dalam akaun korang. mudah kan? ;p

2nd - Aku berani cakap yang kebanyakan kawan-kawan kite di Twitter terdiri daripada orang yang kite tak pernah kenal and tak pernah jumpe pon. Contoh macam aku, takat ni follower tak de ramai sangat tp lebih 85% followers adelah terdiri daripada orang asing. Berbeza macam di Facebook, 89% mungkin dpd org keliling kite, family, jiran, adik angkat, sepupu, classmates dan sebagainya. Point nye disini, otak kite sendirinya akan menjadi neutral tiap kali difollow atau memolow seseorang. neutral yang cuba aku maksudkan ialah bile kita baru connect dgn seseorang, kita tak kan tahu background, perangai , kelebihan atau keburukan tweep tu. so kite give 100% pada awal perkenalan tanpa rasa prejudis. So maknanye di sini kite akan lebih mengenali seseorang bermula dengan 0... berbeza ngn FB yang kebanyakannye mereka-mereka yang korang kenal, korang mesti dah tau sikap2 setiap satu antara mereka.So sometimes kawan2 korang terdiri dpd mulut2 longkang, ex- bf/gf , musuh dan sebagainye. Point yang paling penting, nak mengumpat, mengutuk pon susah kan? *full stop* keh3...

3rd- kalau nak tau aku ni seringkali kene bahan ngn housemates pasal ngadap twitter tanpa henti. Tapi disebalik layanan 24/7 ni, tak setiap detik kita habiskan dengan membabi buta bersosial. Banyak manfaat lain yang kita boleh dapat. Contohnya macam saluran informasi yang lebih cepat, telus dan tepat (mungkin) berbanding dgn FB. *mak aih aku ni madang condemn fesbuk!* haha.. tp serius talk banyak info yang kite boleh dapat dari seluruh dunia. Berani cakap yang majoriti masyarakat Twitterjaya ni berfikiran terbuka, friendly, dan kadangkala tahap ilmu tu lebih sikit. DAN DAN jarang sekali aku jumpe tweet pasal gaduh dengan pakwe, maki hamun dan sebagainye.. kalau ade, ko unfollow je .. mudah kan? ;p

selain tu, selain korang boleh luahkan perasaan tanpa di detect oleh mereka2 yang takde twitter, korang boleh berhibur, tambahan plak kalau ade #hashtag yang cambest. Hashtag? tak tau hashtag eh? lebih kurang macam topik hangat yang tgh dibincangkan oleh masyarakat Twitterjaya. Kadang2 kalau hashtag yang kelakar, korang boleh gelak2 riang sensorang depan lappy mahupon BB tu. Cm orang gile. errr, susah nk explain pasal hashtag ni, kalau korang paham, tentunya ia adalah sangt ohsem di alam semestar! *tamat*

Masyarakat Twitterjaya ni sangat lah mesra alam dan bersatu padu. Biasa nye kalau dorang nak jumpe antara satu sama lain, mereka akan buat tweetup dimana biasenye dorang melepak di mamak2 untuk lebih mengenali diri memasing. Tu tweetup kecik, kalau yang besar sikit biase nye ade buat twtupRaya baru2 ni. Tp yg lebih menarik lagi, Oktober ni telah dirancang satu festival untuk mengumpulkan tweeps dari seluruh malaysia dan menjadikan nya twtup terbesar di Dunia dgn lebih 1500 check in di sana! yaaaa... bunyi tersangatlah awesome kan? semua orang dijemput hadir :) tp aku tak dapat nak attend atas kekangan waktu dan jarak. Tapi still support!

Dalam masyarakat Twitter pon ade artis atau dikenali sebagai #retis. Para Tweeps di Twitterjaya je lah yang akan kenal retis2 nih. #retis ni kira mcm tweeps yang sangt senior dan awesome dalam tweet mereka. senang cakap menghibur dan memriahkan timeline! Kadang2 tak semua otai2 FB boleh jadi #retis twitter dan tak semue #retis twitter boleh jadi hott di FB... camtu lah!

Agak panjang dah aku punye entry pasal Fb vs Twitter ni. Rasenye cukup dululah sampai sini untuk waktu ni. Ape yang aku cuba nak tegas kan kat sini, masing-masing ade kelebihan dan kekurangan memasing. Ringkasnye Fb untuk bersosial dgn kawan2 sekeliling dan Twitter untuk mencari rakan baru serta berkongsi sebarang pendapat.

Dan sebelum aku terlupa, kalau ade rakan2 yang jenis update status Fb setiap 5 minit, korang boleh lah suggestkan mereka untuk mendaftar satu akaun twitter sebab lagi banyak korang tweet, lebih otai korang di twitter dan pastikan ar yang tweet tersebut tak menjengkelkan dan menbuat followers korang lari sambil muntah hijau! ;p watlek watpis je lah kalau nak twit tu :D

sebagai langkah promosi, bolehlah korang add aku di Twitter : En_Ezam ;p






Sunday, September 25, 2011

Recent cases in FB. . .

KEPADA SEMUA KAWAN2 SAYA DI FACEBOOK,

Boleh tolong sy utk buat satu perkara ni : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari "Comments & Likes" dan klik situ [uncheck the choice]. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan.

terima kasih banyak atas pertolongan :) lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai. :)


p/s : kalau mereka-mereka yang 24/7 berstatus, i lap u, u lap i, i miss u, u miss i, hunny baby bla..bla.. bla.. dorang x suruh pun awal2 aku dah uncheck aktiviti annoying species2 ni.. hahaha .. mcm dorang je bercinta.....keh3..good night readers :)

Wednesday, September 14, 2011

kemunculan tergempar!

Assalammualaikum. selamat malam semua.. jangan betulkan laptop anda sebab sememangnya aku yang menulis post ni. Aku sedar dah almost 4 months aku tak buat new entry. Semester break lepas pon aku sebok buat part time kerja pasaraya. Harap2 paham r style kerja pasaraya. Pergi pagi, tgh malam baru sampai rumah. What the life kan.. Tapi papepon aku enjoy je kerja sane. Lagi 1 aku tak tau pasal ape aku tak boleh nak log in blogger.com ni... perkara ni sememangnya membuatkan aku hilang nafsu nak buat new entry.. semuanye pasal aku pakai streamyx ke? ntah ape2 ar... Tak terlambat rasenye kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin to all followers and readers... Mohon ampun dan Maaf, Zahir dan Batin :-) Happy2 lah ye d bulan mulia ni.. kadang2 kalau jadi kanak2 riang ape salahnye.. jom lompat bintang.. keh3

Friday, June 10, 2011

Penemuan Artifak Berharga!

salam~ Tajuk ni bunyi nye macam mantap an?. hahah.. post kali ni aku nak share serba sedikit kat korang yang terpilih ttg ape yang baru saje aku temui.

Memandangkan sekarang ni aku tengah cuti sem, memang duduk rumah sepanjang hari. Bukan tak nak kerja, tp setakat ni tak de company yang call lagi, lenguh jugak isi form kerja kat banyak tempat. Tapi satu company pon x de sangkut nakkan aku punye khidmat .belom ada rezeki agaknye..

Memandangkan tawaran kerja tak datang2 lagi, aku habiskan banyak masa aku kat rumah. Tapi kadang-kadang kalau bosan aku follow bapak aku ke ladang. Ladang kelapa sawit miliknya.

ceritanya bermula macam ni, Sebelom ni ayah aku memang pernah cerita yang dulu ladang aku ni adalah kawasan peperangan, tapi aku tak sure jepun or komunis. tapi time tu aku buat bodoh je. Mungkin kesedaran tentang semangat jati diri dan cintakan sejarah tak wujud lagi mase tu. Tu yang aku buat dono je. Then, semalam tetibe bosan tahap gaban dah muncul, dengan rajin aku ikot ayah and mak aku ke ladang. Saje je.. nak ilangkan bosan, tolong-tolong ape yang patut. Mase tgh bawak moto menuju ke ladang tu, tetibe aku teringat cerite ayah aku pasal tapak peperangan ni, so aku cuba-cuba nak buat penyiasatan....


jeng.. jeng... jeng... ini hasil yang aku dapat untuk hari pertama penyiasatan ^^,





hasil penemuan untuk hari pertama penyiasatan.. ekeh2


ni sudu seramik. mcm buatan china kan?






ni mungkin kubu pertahanan........




Antara hasil artifak yang ditemui. Teruja tak semua? aku memang teruja dengan artifak yang bernilai ratusan tahun ni (mungkin).. Agak-agak real ke cerita aku ni? Kalau tak percaya aku tak berani nak cakap ape ar. tapi sudu seramik tu membuatkan aku tambah yakin yg tentera jepun atau komunis pernah menapak kat Ladang ayah aku suatu masa dulu.. ehem3, agak2 artifak2 ni laku tak aku jual kat muzium? ahahaha..


P/s: pssst...duduk rumah ni duet belanje pon kene mintak dekat mak ayah lagi. Tapi takpe, hasil ladang ayah aku lumayan... keh3 .

Yang benar,
EE 007~

Thursday, May 5, 2011

Anugerah Berita Hairan





Hadirin dan hadirat sekalian.
Berdirinye saya di sini untuk mengucapkan
jutaan ucapan terima kasih kepada:
Achik Ezam diatas anugerah yang diberikan (sambil betolkan tie)

Tetibe guwa rase terharu di tag sedemikian rupe haha.
Rase mcm dah femes ade 500 followers. walhal 50 folowers tak kan pernah lepas lagi.

Papehal kalau nak mengenali a.k.a mengusya Achik Ezam, ang boleh jenguk2 blog beliau di
- beliau jugak terer berpornografi, eh bukan2.. berfotografi


Berdasarkan syarat, kene bagitau 7 perkara tentang diri si blogger.
pasal guwa ar kan? Ni teyda kaitan ngn 7 dulang hantaran nk p minang PGL.


Ok, serba ringkas sebagai seorang encik ezam (general eh):

1. Family didahulukan (fakta), pencapaian akademik diutamakan (yang ni lipat).

2. guwa Seorang pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri di Universiti Malaysia Pahang (kampus Gambang)

3. Anak jati Johor berketurunan Jawa. walhal tak reti/tak paham bahasa jawa.

4. Tengah pening kepale, ape malang blog guwa.. susah nak dapatkan 50 followers. (sila follow, ang pasti menyesal) ehehe

4.Guwa kawan dengan semua orang tp (dalam konteks twitter) akan unfollow kalau orang berlagak retis kat twitter. maksudnye aku limit 5 kali tweet, kalau still x rep, aku unfollow. Simple kan?
(Lisa Surihani di kecualikan)

5. Mungkin sedikit berfikiran jauh. Guwa suke ''berkalau''. Contoh: Kalau hari2 aku pelahap Mekdi, ujung sem nnti mesti penggemar tegar maggi kari slrrrppp... selalu beringat supaya berjimat.

6. Anak ke 6 daripada 9 adik beradik. (aummm kan?)

7. Kalau berkasih, guwa setia. tak suka ade spare part . . pasal guwa hanya bercinta dengan orang yang guwa cinta, tahu? -penipu besar kalau ade yg cakap guwa pasang sparepart kat blakang! Guwa x main belakang!


8. dan..... (eh, da cukup 7 derr) papehal boleh folow guwa di sini (Twitter)


TU diaaaa.. guwa rase nak promote blog2 yang rajin singgah kat sini:

1. Ni classmate aku kat UMP ni. Dia creative. usya r mungkin single lagi tu.
Ziera . selalu bg semangat setiap entry. selain achik ezam!

Lagi 1 Miss R, name pon misteri. tp die rajin komeng kat guwa punye entry. Guwa x dapat nak tag pasal die private die punye blog. Papehal thanks mysterious girl!

Lain-lain blog feberet, kire star2 ar yang rajin guwa lawat:



Pasal aku lebih tertarik dengan info-info menarik, berguna dan boleh kembangkan benak otak yang ber''processor slow ni. Tapi bukan lah makna nye guwa tak berusaha nak baca blog-blog lain. Semua update kat timeline berusaha untuk dibaca.

  • Copy imej award pada entri baru rakan-rakan (dan dipautkan ke url page ni)
  • link 2 pemberi award..
  • Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda
  • Tag pula blogger pilihan anda
  • Alasan why u tagged them.

ekeke
*ok sekian untuk waktu ni*


Wednesday, May 4, 2011

zaman 60-an aku!

Rasenye tak de mende sangat yang aku nak share dalam entry kali ni. Lagi beberape hari dah nak balik kampung. Pastinya lagi jarang nak buat entry. Time- time ni jugak aku dapat tengok kejatuhan trafik untuk blog merapu aku ni. Tapi ape ade hal, aku bukan blogger pemes mcm yang lain-lain. aku tulis bile ade idea. rasenye ni 1st time aku menulis pasal terpakse tulis. Hehe.

Takde bende nak cerite sangat, tapi saje nak share zaman kecik-kecik dulu. Aku hidup kat muka bumi ni tahun 1989. kire skang ni umur aku dah 18 tahun. *failed ADD MATH SPM* .muda lagi kan? ahaha... banyak mende zaman sekolah-sekolah rendah dulu yang boleh menggamit memori. aiseh, *sekali dah kelua ayat bunga *. Ok tanpa membuang masa! pihak arkib negara dan Muzium Negara mempersembahkan!

jeng-jeng jeng.. ce teka mane satu aku?. Yang pastinye memang aku takkan bagitau aku yang mane satu. Kalau tgok time ni rambut aku macam justin bieber.. haha. macam jilaka! istilah tali pinggang memang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku time ni. Apetah lagi WAX, TOPMAN, BOXER, dan lain-lain. Ahaha. Ni pic zaman darjah 3. 3 tekun. Name cikgu aku ingat lagi beb, cikgu Shahruddin. Rase2nye beliau satu-satunya guru kelas lelaki sepanjang aku sekolah rendah. ok Lupekan seketika dan mungkin selamanya pasal rambut justin bieber tu.

OK ni cume nak promote aku pass darjah khas sekolah agama johor. Darjah khas ni lebih kurang macam darjah 7 kat sekolah kebangsaan.. haha.. sekolah agama boleh dikatakan wajib untuk anak-anak yang duduk kat johor. Kalau tak sekolah agama, orang-orang kampung pandang serong. *mungkin*.Macam tu la lebih kurang menunjukkan pelajaran agama penting untuk anak2 yang dok kat Johor. Tapi bukan nak cakap aku baik atau naif sangat, kadang2 pedajal jugak tp nak buat dosa-dosa besar tu memang pikir banyak kali jugak r. Selamat bertaubat.. ekekeke.... Dalam pic ni aku takde, ak tak dapat datang majlis graduasi pasal mase ni aku menuntut kat Sekolah Menengah Teknik Kluang, tak dapat pelepasan balik. Nak buat mcm mane, tgok gambar kawan2 je ar. Tapi yang penting sijil darjah khas ni aku dapat cukop2 makan je. Pasal aku tak rajin datang sekolah pasal kelas hari Sabtu sahaja.

Zaman ni nampak hensem sikit. Tapi masih rahsie beb. sesekali aku tak kan bagi tahu mane aku. ahah~ bapak malu tengok gambar ni. Time tingkatan 3. 3 Amanah . Paling tak boleh tahan pakai kasut lekat2 tu.. woiii dulu trending... serius cakap. Time ni orang pon tak layan kasut CONVERSE. okbai!

haaa, acaner? Bosan kan entry ni. ok kite bakor je Encik_Ezam kite bako... kite bako!!
P/s: credit to shima atas sumber gambar :D



Wednesday, April 20, 2011



Assalammualaikum..

Bapak benci feeling2 macam ni.

Pandang laptop, Twitter n Facebook,

BOSAN!

Pandang kanan, assignment 2 ketul lagi,

SUSAH!

Pandang kiri, schedule final exam, berderet paper. -isnin, selasa, rabu

BEBAN!

Pandang kanan, macam2 masalah hidup.

MUAK!

Pandang atas. . . . . . .

Ya Allah, bagi aku kekuatan hadapi cabaran ni..

fikir tanggungjawab pada diri sendiri, agama, keluarga, dan akan datang ''masyarakat''..

AMIN