Saturday, December 24, 2011
1 Perkara dan 2 Rasa
Saturday, December 17, 2011
Punca-punca Gejala #BlogHambar
Teruskan kepada isi-isi penting, sebenarnya tajuk hari ni lebih kepada survey '' kenapa blog Encik Ezam tak ramai follower? '' dan ''kenapa bilangan followers statik tak berubah?''. kemungkinan besar aku dapat identify beberapa sebab ar. Susah nak nampak naik walaupun seangka. dan sebelum tu, Adalah dengan segala hormatnya aku nak ucap trillion terima kasih kepada followers sedia ada mahupun readers yang mmbaca. OK baiklah, Aku nak kupas satu per satu sebab yang kemungkinan menjadi penyumbang utama kepada gejala ni #eh.
1. Aku berkeyakinan punca utama masalah ni ialah sebab aku jarang update ini blog atas alasan busy 24/7. Walhal masalah sebenar ialah tak de idea nak tulis dan tak de sebab nak menulis. Dan langkah mengatasinya ialah InshaAllah tahun depan 2012, saya akan pastikan kekerapan untuk menulis entry tu adalah tinggi. Tapi pada pendapat aku, kalau banyak sangat pubblish entry, tapi tak de kualiti, tak guna jugak ann? Mungkin kekerapan menulis entry dan tahap qualiti akan dipertimbangkan. :)
2. Ade orang cakap pemain twitter kebanyakannya terdiri dari para blogger, antara contohnye mase time mula-mula aku layan twitter dulu, ade orang tanya, ''blogger ke?'' pasal die cakap aku punye followers boleh tahan banyak mase tu. Tapi aku jawap, ''ye, aku blogger tapi tak setegar mana pun. blog bodoh-bodoh je''. Mula2 pelik jugak kenapa orang tanya macam tu, dan sekarang baru aku dapat jawapan. point nya kat sini, Biasanya Tweeps akan tweet tentang update blog die kat twitter. Tak kira la dalam usaha nak menaikkan trafik mahupun meningkatkan jumlah pengikut. tak kira update baru mahupun lama. Dan terbukti ianya berkesan. Sama jugak mcm di facebook, facebooker pon ade yang rajin share link blog/entry kat wall. Namun aku tak pernah berbuat demikian. Sebab ape? Aku pun tak berape pasti sebAb nya. Mungkin aku taknak campur aduk kan antara Twitter,FB, blog dan sebagainya. motif? aku pun tak tahu ape motif sebenar kejadian ;p pendapat anda wajarkah tindakan ni?
3 Aktivi blogwalking pon semakin kurang, adat berblog, rajin-rajin lah blogwalking kat mana-mana blog. Tak kisah blog sape saje. Tapi kadang2 aku terjah jugak blog-blog yang aku follow dan yg org lain share. tapi jarang untuk tinggalkan jejak kat chatbox. Chatbox merupakan satu-satunya cara nak kasi orang tahu kehadiran kita dan melawat balik blog kite, Kan? Mungkin lepas ni wajib tinggalkan jejak untuk pastikan bilangan trafik meningkat dari masa ke semasa ;p
4. Sememangnya aku bukanlah dilahirkan kreatif di dunia. Tapi kalau bab dilahirkan Hemsem tu aku setuju #Eh! (tibe2 lari topik). Gurau je, entry tanpa hiburan mcm sambal belacan tak de belacan. ye tak? ok, sambung.. kreatif dari segi menghias blog lip lap lip lap.. debooom!, gemerlapan, header gempak smue tu. Namun,personally pda aku, blog yang sempoi dan cool adalah blog yang paling simple di dunia. Tapi blog aku ni memang masih boleh diklasifikasikan sbg masih serabut dan harus di perkemaskan lagi. MUNGKIN. Untuk pengetahuan, header kat atas ni adelah percubaan pertama aku buat header. dan belum pernah bertukar dengan header yang lain. tadika betul tahap kualitinye kan?haha Komen anda?
5. Adekah disebabkan oleh penulisan aku yang huru hara dan bosan? anda yang layak menilai ;) sebarang cadangan dan komen silalah lemparkan di ruangan komen. Kalau komen nak suruh padam je blog ni, saya tak setuju sama sekali ;p
sincerely,
Wednesday, December 14, 2011
Cameron Highland
Pe kabar people?. As usual, 1st sentence yang aku nak cakap ialah ''sorry dah lama tak update ini belog''. Rasenye kalau bagi alasan sibuk pasal stdy, dari 1st time reg uni ni dah bizi. paling reasonable ialah aku malas nak update. bukan pasal ape, mood nak menaip ni liat nak datang. ok stop.
Takde ape nak di cakap, tapi sekadar nak update aktiviti baru-baru ni. Mungkin boleh jadi panduan berguna kepada anda semua. Panduan ape? haha.. *tetibe*
Ok weekend yang lepas ni aku baru je habiskan masa dengan family. Makna nye quality time dgn family. Macam biase end of year, bebudak sekolah semua cuti, waktu yang sesuai untuk bercuti.
For sure percutian kali ni takde kene mengena dengan paris, kota cinta London mahupun monte carlo yang cambest tu. Tahun ni Kami habiskan masa di Tanah tinggi Cameron. Ekhem, dan untuk pengetahuan.. ni 1st time aku naik tanah tinggi Cameron. Kesian? memang kesian ;p
Memandangkan minggu lepas aku sangat-sangat bizi dengan test mahupun kuiz, akhirnya hari Jumaat aku yang sememangnya free tu tak diganti dengan sebarang test, replacement class mahupun Kuiz sperti minggu2 yang lepas. Alhamdulillah. Oleh yang demikian, aku grak balik JB hari Rabu tu. Dipendekkan cerita, Jumaat tu bermula perjalanan menuju puncak! *sambil pasang lagu AF*
Macam2 dugaan masa perjalanan pergi.. kereta buat hal. so stuck kat R&R dengkil, selangor untuk tunggu mekanik betulkan kerosakan yang berkenaan. almost 4 hours.
Dipendekkan cerita, kami sampai di Bandar Ipoh pun dah maghrib. Then, automatiknya kami kene menuju puncak pada waktu malam. Maknanya sangat mencabar!
Alhamdulillah almost 9PM kami sampai ke Brinchang. Meriah! pasal ape? pasal ramai orang rupanya atas gunung ni. Tak seperti perjalanan naik bukit tadi yang menyeramkan dan diselubungi bahaya :p
Apelah makna entry tanpa gambar. Namun nya, semue pic ni pakai phone camera je. nyway TQ pada Sony Ericsson.
ini view dari hotel kami :) nice bukan.
Pekan Brinchang.
2nd day: Breakfast. Harga atas ni berpatutan. Aku ingat mahal sangt pasal kos nak bawak naik beras, kelapa, telur.. etc untuk buat nasi lemak ;p
view dari puncak bukit ladang teh BOH
kilang BOH
minum teh sambil menghadap ladang teh. gile kau tak heaven?
macam biase cameron mmg kaya dengan sayur-sayuran.
perkenalkan lil bro. petik strawberry. 1st time untuk die :)
slrrppp! manis.
Klau ingat JB or KL jem setiap hari, cameron ni pon lagi mencabar, jammed atas bukit. mencabar beb!
sopping katenye :)
borong chocolate ...
nephew-nephew gua
heading back to Johore
ok ni paling kagum. brader ni tongkat dagu sambil ride kat PLUS. Respek bro!
ok, ni baru ade kene mengena dengan wordless wednesday!
bapak aku low profile. ambik gmbar dengan pekebun. tebaik bah!
dan tepat pukul 8.00 malam (ahad,11,12,2011) , sampai kat bandaraya melaka. member aku, Jamil ambik kat tol ayer keroh. Terus lincah pegi Melaka Central untuk dapatkan tiket balik Kuantan. Pasal Isnin tu ade quiz. Alhamdulillah, bas pukul 10 malam. Sampai Gambang, Pahang tepat pukul 2 pagi. And family pun selamat sampai Johor pukul 12mlm mcm tu.
Papehal, ni adalah percutian yang penuh dengan kenangan :) dan last sekali, hv a good day readers! thanks for viewing this.
p/s: ekhem, td baru dapat MMS dari Kak zila, die send pic ni. Rayyan pakai topi yang aku kirim utk die. oK comel der! tak dapat bagi by hand pasal tros grak Kuantan.
Wednesday, October 19, 2011
Muka Buku VS Burung Biru
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Sunday, September 25, 2011
Recent cases in FB. . .
Boleh tolong sy utk buat satu perkara ni : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari "Comments & Likes" dan klik situ [uncheck the choice]. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan.
terima kasih banyak atas pertolongan :) lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai. :)
Wednesday, September 14, 2011
kemunculan tergempar!
Friday, June 10, 2011
Penemuan Artifak Berharga!
Memandangkan sekarang ni aku tengah cuti sem, memang duduk rumah sepanjang hari. Bukan tak nak kerja, tp setakat ni tak de company yang call lagi, lenguh jugak isi form kerja kat banyak tempat. Tapi satu company pon x de sangkut nakkan aku punye khidmat .belom ada rezeki agaknye..
Memandangkan tawaran kerja tak datang2 lagi, aku habiskan banyak masa aku kat rumah. Tapi kadang-kadang kalau bosan aku follow bapak aku ke ladang. Ladang kelapa sawit miliknya.
ceritanya bermula macam ni, Sebelom ni ayah aku memang pernah cerita yang dulu ladang aku ni adalah kawasan peperangan, tapi aku tak sure jepun or komunis. tapi time tu aku buat bodoh je. Mungkin kesedaran tentang semangat jati diri dan cintakan sejarah tak wujud lagi mase tu. Tu yang aku buat dono je. Then, semalam tetibe bosan tahap gaban dah muncul, dengan rajin aku ikot ayah and mak aku ke ladang. Saje je.. nak ilangkan bosan, tolong-tolong ape yang patut. Mase tgh bawak moto menuju ke ladang tu, tetibe aku teringat cerite ayah aku pasal tapak peperangan ni, so aku cuba-cuba nak buat penyiasatan....
jeng.. jeng... jeng... ini hasil yang aku dapat untuk hari pertama penyiasatan ^^,
hasil penemuan untuk hari pertama penyiasatan.. ekeh2
ni sudu seramik. mcm buatan china kan?
ni mungkin kubu pertahanan........
Antara hasil artifak yang ditemui. Teruja tak semua? aku memang teruja dengan artifak yang bernilai ratusan tahun ni (mungkin).. Agak-agak real ke cerita aku ni? Kalau tak percaya aku tak berani nak cakap ape ar. tapi sudu seramik tu membuatkan aku tambah yakin yg tentera jepun atau komunis pernah menapak kat Ladang ayah aku suatu masa dulu.. ehem3, agak2 artifak2 ni laku tak aku jual kat muzium? ahahaha..
P/s: pssst...duduk rumah ni duet belanje pon kene mintak dekat mak ayah lagi. Tapi takpe, hasil ladang ayah aku lumayan... keh3 .
EE 007~
Thursday, May 5, 2011
Anugerah Berita Hairan
- Copy imej award pada entri baru rakan-rakan (dan dipautkan ke url page ni)
- link 2 pemberi award..
- Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda
- Tag pula blogger pilihan anda
- Alasan why u tagged them.
Wednesday, May 4, 2011
zaman 60-an aku!
OK ni cume nak promote aku pass darjah khas sekolah agama johor. Darjah khas ni lebih kurang macam darjah 7 kat sekolah kebangsaan.. haha.. sekolah agama boleh dikatakan wajib untuk anak-anak yang duduk kat johor. Kalau tak sekolah agama, orang-orang kampung pandang serong. *mungkin*.Macam tu la lebih kurang menunjukkan pelajaran agama penting untuk anak2 yang dok kat Johor. Tapi bukan nak cakap aku baik atau naif sangat, kadang2 pedajal jugak tp nak buat dosa-dosa besar tu memang pikir banyak kali jugak r. Selamat bertaubat.. ekekeke.... Dalam pic ni aku takde, ak tak dapat datang majlis graduasi pasal mase ni aku menuntut kat Sekolah Menengah Teknik Kluang, tak dapat pelepasan balik. Nak buat mcm mane, tgok gambar kawan2 je ar. Tapi yang penting sijil darjah khas ni aku dapat cukop2 makan je. Pasal aku tak rajin datang sekolah pasal kelas hari Sabtu sahaja.
Zaman ni nampak hensem sikit. Tapi masih rahsie beb. sesekali aku tak kan bagi tahu mane aku. ahah~ bapak malu tengok gambar ni. Time tingkatan 3. 3 Amanah . Paling tak boleh tahan pakai kasut lekat2 tu.. woiii dulu trending... serius cakap. Time ni orang pon tak layan kasut CONVERSE. okbai!
Wednesday, April 20, 2011
Saturday, April 9, 2011
#DearFutureLife
Thursday, April 7, 2011
..... dan 2 individu lain.
Sunday, April 3, 2011
stress! ( x payah baca)
Tuesday, March 29, 2011
entry Tidak berkaitan dengan seks
Salam readers sekalian? (bajet ramai je kan?) ehehe. Sebenarnye ambik masa 2 hari jugak nak pulihkan balik semangat sejak peristiwa entry yang dah taip panjang2 hilang dalam sekelip mate time ngah upload pic. Mmg macam haram keh! Yes, ni igauan ngeri dalam kehidupan aku sebagai blogger! Ahah..
Lupekan kisah lepas, hari ni aku tak berminat nak taip mende yang sama dengan entry yang hilang tu, kali ni nak cerite pasal real life kite seharian. Untuk pengetahuan aku taip ni dalam msoft word! Tak nak bananas fruit 2 times. Ok tros masuk introduction, Sebelum ni aku ade bace satu issue dalam satu blog brader terkenal ni. Pasal ‘’pasangan tak sepadan. Wat da fish is that?’’
Simple words mcm ni la, ko (brader) p jalan-jalan kat mall sorang-sorang, then mase kat lif, ko terserempak dengan 1 couple ni. Hati setan ko pon berkate. ‘’pergh, awek die memang tip-top, badan sedap, cute gile babeng, sekali tgok pakwe die mcm jembatan x siap’’… pernah x?
bagi yang perempuan pulak, korang hangout ngn kawan2 korang kat mall. situasi yang sama, dalam lif. ko nampak ade sorang mamat hemsem+ jambu jalan ngn awek die. sekali tgok awek die, so-so je marketnye. Mase tu korang dah mule besarkan mate kat member soh membe tatap puas2 couple tu sblm ang nak p ngumpat habis2 lepas kua lif nnti.. aceceh, senyum2 plak.. pernah lettew! kalau ang tahap baik pon, paling2 ko cakap dalam hati, ''beh baik mamat tu couple ngn aku, baru sepadan... ngn awek tu mmg SEMPADAN! ''
Paling jahat pon orang-orang cakap, ‘’awek cute/ mamat jambu tu kompom kene bomoh dengan pasangan jambatan masing2 tu’’ …. Perghhh… ayat kau! '' aceceh... senyum nampak?
Dalam kes ni korang sebenarnye tak boleh nak salahkan couple tersebut. Ye, memang betol lah kan, kat mate korang nampak memang tak sepadan, tp kat mate dorang? Korang tak tau, bak kate nenek moyang yang kite masih pegang sampai sekang, ‘’cinta itu buta’’.. ye dak? Should be angguk ok.
Meh sini aku nak explain sedikit demi sedikit. Dalam kes ni, korang penah dengar pasal ‘’ SEX APPEAL’’ or ‘’SEX ATTRACTION’’. Sape pernah angkat tgn! Kalau ko pernah tahu dan paham pasal mende alah ni, kompom dosa korang kurang sikit dari mereka-mereka yang tak tau.. ehe, pasal korang x kan salahkan couple tu. Korang akan cakap, ‘’dah jodoh kot’’ ..
Ok, let me explain about that sex appeal definition, bile aku search kat google, maksud nye berbunyi begini:
‘’Sexual attractiveness or sex appeal refers to an individual's ability to attract the sexual or erotic interest of another person. The attraction can be to the physical or other qualities or traits of a person, or to such qualities in the context in which they appear. The attraction may be to a person's looks or movements or to their voice or smell, besides other factors. The attraction may be enhanced by a person's adornments, clothing, perfume, hair style, and anything else which can attract the sexual interest of another person. It can also be influenced by individual genetic, psychological, or cultural factors, or to other, more amorphous qualities of the person. Sexual attraction is also a response to another person that depends on a combination of the person possessing the traits and also on the criteria of the person who is attracted.
-sumber: Wikipedia.
Haaa, panjang lebar kan maksud nye ? ok, sex appeal ni same konsep macam sex attraction. Aceceh, ni bukan nak cerite pasal sex lucah2 ye!… blog ni suci dalam debu lagi gitu. *stop*. How to start my explanation? Pikir sejenak….
Baiklah, aku cuba terangkan ikot situasi. Kasi senang korang nak berimaginasi. Situasi nye macam ni. Korang dok layan Akademi Al-Quran misalnye, then ade sorang peserta ni x de lah handsome sangat tapi sekali die bukak mulot bace Quran, korang ternganga sambit tadah air liur dalam besen. Pernah tak ko cakap, ‘’ aduhai tenangnya hati bile dengar suara qari ni bace Quran tu.’’ Nah, hati ko dah pun terpaut dengan suara qari/qariah tersebut. Dan korang akan sambung ‘’ Untung nye kalau dapat jadi suami!’’. Korang dah boleh nampak kan yang korang mula tertarik dengan die pasal suara dan bukannya fizikal semata.
Dalam situasi lain, ko (lelaki) dok jalan-jalan kat Bandar then terlanggar satu awek ni yang tergesa-gesa. Awek ni x de lah cute mane tp bile first korang Nampak die, korang macam dah terpaut. Bukan pasal fizikal tp pasal budi bahasa. Even korang yang salah, die seboleh-boleh mintak maaf kat korang. Lagi2 awek tu sopan santun, pakai tudung. Sebiji ar macam Lisa surihani versi pakai tudung.. ngehehe… amacam? Korang tertarik pasal budi bahasa die, bukan pasal kecantikan semata.
Perenggan ni aku nak cerite pasal pengalaman aku pulak, aih, macam mane nak cakap? Aku ni tak de lah market sangat kat sekolah dulu-dulu. So-so je lah.. yang ramai kirim salam kat aku semue budak2 tingkatan 1,2. Hua3…. Tak de lah, selingan je ni. Nak cerite yang aku pernah jatuh cinta sejak sekolah rendah lagi? Rupe-rupenye dari darjah 3 sex appeal ni dah menyerap dan menyelinap masuk dalam diri aku. Ehehe.. aku dah mula jatuh hati kat sorang awek ni. Cun? Wei, dajah 3 pakai tudung pon senget-benget lagi. Tuala hingus pon maseh kat tangan. Tp, ape yang buat aku minat kat die pasal ‘’rumah die dekat kat sekolah’’. Bodoh je dengar kan? . Ok meh sini aku explain lagi. Rumah awek ni agak dekat lah dengan sekolah, then die pegi sekolah pon jalan kaki je la. Hari2 aku g sekolah mak aku hantar. Then bile hari2 aku Nampak die jalan kaki, aku rase timbul bibit2 percintaan.. haha.. serius wei! Ini makna nya aku syok kat awek tu bukan pasal ape, tp pasal hari2 aku tatap muke die, hari2 die jalan kaki dan rumah die dekat dengan sekolah. Ade kene mengena ke? Ahaha.. macam2 *sambil geleng2 kepala*
Then bile sekolah menengah pulak, aku jatuh cinta kat sorang pengawas ni. Pasal ape? Pasal die pengawas dan selalu bercakap kat perhimpunan. Bile dengar suara die kat perhimpunan tu, aku jadi semangat nak berhimpun..haha. kadang2 skip jugak lepak dalam toilet. Dipendekkan cerite, member2 ade gak tye, kenape ko syok ngn awek tu? Bukan cute pon! Tp pade aku tu x penting, tp memang hati aku dah tertambak, nak buat caner kan. Ko mane paham!.
Haa.. macam tu lah antara contoh2 pengalaman bodoh2 aku pasal mende alah ni. Senang cakap Kalau kat kolej korang ade event muzik dalam kalangan students. Then malam tu ade sorang mamat selekeh ni perform, tp suara die tiptop + main gitar pon ade style. Esok siang kalau awek2 selisih sebelah mamat tu mesti ade yang cakap bisik2 ‘’ ni lah abang yang nyanyi semalam. So suweeeeettt!’’ Cuba kalau mamat tu x perfom malam tu, korang rase awek tu akan cakap mende macam ni x? tak kan? Haaa.. that’s it…get it?
Sunday, March 27, 2011
Sunday, March 20, 2011
Beza Sekolah dan Kolej
Bermula dengan bangun pagi, Isnin sampai hari Jumaat, kite memang wajib bangun pukul 6. Pasal nak ke sekolah pukul 7 pagi. Dalam otak memang dah set, kalau lambat datang sekolah, confirm bontot berbilai kene rotan dengan cikgu disiplin. haha.
Kalau kat universiti pula, bangun ikot jadual. Kadang-kadang petang baru ade kelas, kadang-kadang malam baru ade lecture. Datang lewat pon tak berape nak kisah. Asal tanda attendance.
Sekolah- hari2 pakai uniform. Bosan lah pulak. Bestnye kalau blajar kat U, hari2 boleh tukar2 baju. Pakai je ape-ape ikot suke....
Kolej - haih, esok nak pakai baju ape erk? baju2 minggu lepas pakai x basuh lagi. parah!. Kalau siswi pulak, esok nak pakai baju warna ape? shawl bape lapis? kasut nak match dengan baju? tak iron kebaya lagi... haaha..
Sekolah - Banyaknye homework nak kene siapkan, best kalau belajar di U, mesti dah takde homework banyak-banyak macam ni. Kelas pun jarang2.
Kolej- mane nak disiapkan dulu? Assignment minggu depan hantar, project kene hantar ujung minggu ni, tp belom interview company lagi, kejap lagi ar call company.. eh, esok ade presentation, slide smue tak prepare lagi. Lusa ade Kuiz, tulat ade mid term test.... eh, tak boleh ke bandar la ujung minggu ni nampaknye :(
Sekolah- Harini nak tidur awal. tak kesah ar homework tak siap, esok datang kelas pagi-pagi copy paste kawan punye je ar...
Kolej - Assignment esok nak kene hantar. Malam ni tak tidur la nampak nye! (gile kau nak copy paste dalam kelas, mane laptop? mana printer? nak cari sources, artikel dll )
Sekolah- Harini hari Ahad, kasut x basuh lagi, tak kapur lagi, ..kuku x potong. esok ada spotcek.
Kolej - selipar jepun sudah g kelas. tp g lab, wajib pakai safety boot!
Sekolah- Rehat pukul 10.30 pagi. Lambatnye.. lapar dah ni.
Kolej- Kelas straight 3 jam, jom keluar kejap, lepak cafe..lapo.. nnti agak2 kelas nak habis, kite masuk kelas semule. lecturer bukan perasan pun, student ramai... (ok, ni aku pernah buat..haha)
Sekolah- Setiap pagi nyanyi lagu negaraku, lagu negeri.
Kolej- lame dah tak nyanyi lagu Negaraku. Harap-harap tak lupe lirik :p ok dah test, tak lupe. anda?
Sekolah- Mak masak pe ek tghari ni? tak sabar nak balik rumah, bukak tudung saji nanti...
Kolej- Hello, mak masak ape hari ni? dah makan? kite harini makan bla3.. mak cik cafe yang masakkan.
Sekolah- tgahari balik dari sekolah.rehat2 kejap, petang nanti main kat depan rumah Ali main baling tin, baling selipar, galah panjang....
Kolej - Balik kelas ni aku nak tidur, topup semalam tak cukup tidur pasal buat assignment.. huarghhh... (ni aku kot).
Sekolah - Ayah, Yuran Tahun ni total RM180. Ni suratnye.
Kolej - Ayah, yuran semester ni RM1100 tau. Lambat bayar tak dapat ambik final :(
Sekolah - Nak kumpul duit banyak2 time raya! yihaaa...
Kolej - Bile PTPTN nak masuk :) huhu.... kering dah ni..
Sekolah- Nah RM1 untuk belanja hari ni.
Kolej- Nah RM5 untuk lunch sahaja :(
Sekolah- cuti sekolah ni nak buat apa ek?
Kolej - Short sem!
Sekolah- Cikgu, saye tak faham bahasa Inggeris.
Kolej - Do you understand class? -Mr Kayle. errr...errrr.... yesss understand!
Sekolah- Cantiknye tulisan ko.. kemas je.
Kolej - eh cantik nye tulisan ko, aku baru perasan. (coz assignment fully using comp)
Sekolah- Tiap2 tahun ade rentas desa! bila nak habis tingkatan5 ni?
Kolej- badan dah naik dah ni. petang ni jogging ar (kalau rajin)
Ada lagi tak rasa-rasa perbezaannya. Haha. Pada student kolej/ universiti, confirm korang rindu zaman sekolah kan.. haha. pade bebudak sekolah, nikmati zaman persekolahan anda and make it sweet.
Sunday, March 13, 2011
Belasungkawa *inalillah*
Hari Ahad yang redup ini, saye dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Erfan Syafiq (cucu kepada jiran saya) ke Rahmatullah. Mohon jasa rakan sama-sama sedekahkan Al-Fatehah kepada Allahyarham, semoga ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Tepat pukul 2.45 petang, apabila saya melihat skrin telefon, terdapat 1 panggilan yang tidak dijawab dari jiran saya (asya). Saya memberinya mesej bertanya tentang tujuan dia menefon. Saya mendapat mesej ringkas dari beliau yang bertulis '' erfan dah tak de!'' *speechless*. Untuk pengetahuan rakan-rakan, Erfan ialah anak saudara asya yang berumur 14 tahun. Terlalu awal arwah meninggalkan dunia yang fana ini.
Sejurus itu, saya terus menghubungi Asya untuk mendapatkan kepastian. dari nada yang sebak, die hanya memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke hospital. Saya tidak bertanya sebarang soalan selain punca arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya menasihatinya agar bersabar menerima dugaan yang maha esa ini.
Saya terus menghubungi parents yang ketika itu berada di kampung, di Batu Pahat Johor. Ternyata parents saya juga masih tidak mengetahui tentang berita sedih ini. Bermakna saya merupakan antara individu terawal yang mengetahui tentang berita ini. Parents saya terus bergegas pulang ke Kota Tinggi.
oh ya, sebab kematian Allahyarham ialah lemas ketika berkelah di Batu Layar, Kota Tinggi Johor bersama keluarganya. Saya terus memikirkan tentang cuaca yang tidak menetu sejak akhir2 ini, tp jawapan yang paling tepat ialah ajal sudah sampai. Ya, ajal datang tanpa mengira tempat, waktu, mahupon umur.
Ibu baru sahaja menelefon, memberitahu bahawa mayat Arwah telah selamat sampai di rumahnya. Keluarga saya juga telah balik kesemuanya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
kepada Erfan - Abg Ejam minta maaf sebab tak dapat balik untuk ''jumpa'' dengan erfan untuk kali terakhir, tapi dari jauh abg ejam tidak henti2 sedekahkan Al-Fatehah kepada erfan kat sana. td abg ejam ade bace shout out terakhir erfan, erfan bukan main suka bila cuti sekolah datang lagi. Tapi erfan mengeluh pasal banyak homework yang nak disiapkan. Tp tak pe, erfan dah x payah buat semua homework tu, sekarang ni time untuk erfan rehat puas2 disisinya,. InsyaAllah, abg ejam doakan kesejahteraan erfan kat sana. sekali lagi, abg ejam minta maaf. erfan damai eh kat sane! ''
Akhir kata, kepada readers.. jagalah diri kamu semua baik-baik. Soal ajal memang kita tak boleh nak tangguh mahupun hidu, tp sebagai manusia, kite kene sentiasa beringat bahawa ajal itu pasti akan datang juga''
khas untuk erfan: selamat berehat disisi-Nya, abg ejam doakan erfan tergolong dalam golongan hamba-Nya yang beriman ye? Irfan kan anak abg jais &kak sal dan cucu cik salim &mak yam yang baik kan??! lepas ni mungkin abg ejam rindu ptg2 tgok fais main basikal, petang2 erfan datang rumah nak borak2 dengan ayu.. abg ejam akan rindu semua tu.